web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TM Perkenal Pakej Jalur Lebar Unifi Baharu Serendah RM99 Bagi 100mbps

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 12:29PM

Telekom Malaysia menawarkan pelbagai pakej jalur lebar Unifi bagi memenuhi keperluan pasaran. gambar Unifi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Telekom Malaysia Bhd (TM) memperkenalkan pakej jalur lebar Unifi baharu, menawarkan kemampuan lebih tinggi melalui pengurangan harga yang ketara, perkhidmatan gaya hidup tertumpu nilai tambah dan penyelesaian perniagaan bersepadu.

Syarikat telekomunikasi itu menjelaskan pakej baharu Unifi itu bertujuan menambah baik pengalaman pelanggan kepada Internet baharu 100 megabit sesaat (Mbps), yang memberikan pengalaman pengguna terbaik seiring dengan corak penggunaan kebanyakan isi rumah di Malaysia.

TM mengumumkan penurunan harga ketara bagi pelan Unifi 100 Mbps kepada RM99 sebulan, untuk masa terhad sahaja, setanding dengan pelan 30Mbps sebelum ini pada RM89 sebulan -- untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia boleh memanfaatkan kelajuan Internet yang lebih tinggi pada harga lebih rendah.

Semua pelanggan Unifi yang layak akan dinaik taraf secara automatik kepada kelajuan Internet yang lebih tinggi tanpa sebarang obligasi dan kontrak semula perkhidmatan tidak diperlukan.

Peningkatan kelajuan percuma itu akan dilaksanakan bagi pelanggan Unifi yang layak, membuktikan komitmen TM untuk memberikan kelajuan lebih tinggi pada harga lebih rendah kepada semua segmen pelanggan.

Peralihan itu dijangka secara berperingkat mulai kini hingga Januari 2024.

Naib Presiden Eksekutif Unifi, Anand Vijayan berkata pakej baharu itu bertujuan meningkatkan kepuasan pelanggan dan memperluas keterangkuman digital dalam kalangan rakyat Malaysia, menambah baik akses kepada ketersambungan termasuk teknologi 5G di samping peluang digital yang akan memperkasakan aspirasi digital negara.

“Sebagai satu-satunya penyedia perkhidmatan penumpuan quad-play (gabungan perkhidmatan akses Internet jalur lebar, televisyen dan telefon dengan pembekalan perkhidmatan tanpa wayar) sebenar negara, Unifi merintis pertumbuhan industri menerusi perkhidmatan jalur lebar tetap, mudah alih, gaya hidup dan penyelesaian perniagaan yang menyeluruh.

“Ini akan memberikan pengalaman digital kediaman dan di mana jua kepada individu, keluarga dan perniagaan kecil,” katanya.

Anand berkata Unifi juga akan menawarkan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi 100Mbps tertumpu yang digabungkan dengan pelan data mudah alih UNI5G Pascabayar Tanpa Had 5G+4G Unifi -- memberikan pengalaman sambungan terbaik di mana-mana, pada bila-bila masa, dan tersedia melalui kontrak tiga tahun.

Beliau berkata tawaran baharu itu turut disertakan dengan telefon pintar 5G percuma -- membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima guna dan menikmati keupayaan 5G dengan mudah dalam menangani kebimbangan mengenai kemampuan peranti yang boleh 5G.

“TM terus berusaha sebaik mungkin dalam menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan inovatif yang akan memacu Malaysia ke arah menjadi sebuah negara digital.

“Menerusi usaha sedemikian, Unifi meningkatkan standard bagi jalur lebar berkelajuan tinggi di negara ini, meningkatkan kelajuan di samping menurunkan harga bagi menambah baik akses dan peluang digital untuk semua segmen pelanggan,” katanya.

Dalam memperkasakan keterangkuman digital merentas semua segmen masyarakat, Unifi akan terus menawarkan Pakej Rahmah Unifi untuk kumpulan pelanggan utama dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan, termasuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), komuniti B40 dan veteran.

“Menyokong usaha berterusan kerajaan untuk memastikan kemajuan digital semua rakyat Malaysia, pelan itu dirangka khas dengan jalur lebar tetap 30Mbps tanpa had pada harga rendah RM69 sebulan,” katanya.

Bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Unifi turut mengumumkan penurunan harga bagi semua tawaran Unifi Biz Fiber daripada 100Mbps kepada 2Gbps.

“Harga yang lebih rendah ini bertujuan menyokong lebih banyak PMKS dalam penerimagunaan digital mereka, memastikan perniagaan ini bukan sahaja dapat bertahan dalam ekonomi digital masa kini malah juga mempunyai setiap peluang untuk berkembang maju,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Masalah Internet Di 12 Sekolah Lembah Pantai Akan Diselesaikan - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

TM Keluar Notis Penamatan Berhubung Perolehan SSA Ke Atas Kepentingan Dalam DNB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Curi Kabel TM: Polis Tahan 19 Individu Termasuk Subkontraktor

4

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Capaian Internet Lemah Di Rumah Disebabkan Masalah Set-Up: TM

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air