web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Curi Kabel TM: Polis Tahan 19 Individu Termasuk Subkontraktor

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jan 2023 5:42PM

Mohd Shuhaily Mohd Zain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis menumpaskan geng curi kabel milik Telekom Malaysia (TM) selepas menahan seorang subkontraktor dilantik syarikat itu bersama 13 pekerjanya yang menjalankan kegiatan tersebut sekitar Pulau Pinang dan Kedah membabitkan kerugian RM910,448 sejak tahun lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis telah menjalankan pemeriksaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanjung Bungah dan Jalan Bunga Park yang sedang melakukan kerja-kerja membaiki kabel pada 2.40 pagi 10 Januari lepas.

“Beberapa hari sebelum itu, pihak syarikat menerima aduan beberapa kawasan di sekitar Tanjung Bungah mengalami gangguan Internet yang disyaki berpunca daripada kegiatan curi kabel sebelum ia dilaporkan kepada polis.

“Ekoran itu, kami melakukan pemeriksaan selepas mendapati terdapat 11 lelaki sedang memotong dan mengeluarkan kabel bawah tanah di kawasan itu namun mereka gagal menunjukkan dokumen bagi menjalankan kerja-kerja di situ,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis kemudian menahan lapan individu termasuk seorang wanita di beberapa lokasi sekitar Sungai Petani pada hari sama iaitu tiga lelaki merupakan pekerja subkontraktor tersebut manakala lima lagi berperanan sebagai pembeli kabel yang dicuri sindiket itu.

Mohd Shuhaily berkata ekoran penahanan mereka, polis berjaya menyelesaikan 27 kes curi kabel membabitkan 17 di Pulau Pinang dan 10 di Kedah.

“Mereka yang ditahan berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun dan saringan air kencing mendapati tujuh daripadanya positif dadah manakala 14 daripada 19 individu yang ditahan itu mempunyai dua hingga 12 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah,” katanya.

Beliau berkata polis merampas empat kenderaan termasuk sebuah lori, 65 batang kabel, 14 unit telefon bimbit, 12 kon jalan, parang, pemotong paip dan besi, kapak serta pelbagai barang yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu yang bernilai hampir RM150,000.

“Mereka kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 3 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

3

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi