web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bicara Ebit Lew: Gambar Dipercayai Berunsur Seksual Adalah Tangkap Layar Aplikasi Perbualan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 9:33PM

Ebit Irawan Ibrahim Lew - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hari ini menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah bahawa satu gambar dalam telefon bimbit dianalisisnya adalah daripada tangkap layar sebuah aplikasi perbualan.

Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata hasil analisis itu juga mendapati gambar yang dipercayai berunsur seksual itu bukan diambil oleh kamera telefon bimbit berkenaan.

Beliau berkata selain itu sistem telefon bimbit itu juga secara automatik menghasilkan satu nama fail untuk gambar berkenaan mengikut tarikh tangkap layar itu dibuat.

“Sekiranya gambar itu diambil daripada kamera telefon bimbit, laluan (dalam susunan fail telefon bimbit) akan berbeza, dan akan wujud satu folder bernama ‘DCIM’ (menempatkan gambar itu).

“Manakala dalam gambar (tangkap layar) ini folder berkenaan tidak wujud,” katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di sini hari ini.

Latifah berkata tarikh tangkap layar itu dilakukan boleh ditentukan, iaitu pada 7 Ogos 2021.

Nor Azizah: Jadi, maksudnya gambar itu mesti berada di dalam barang kes sebelum tarikh 7 Ogos 2021.

Latifah: Ya.

Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan perbicaraan disambung pada 21 hingga 23 Jun depan.

Lew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik

Politik 7 jam yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Termakan Keropok Digaul Racun, 2 Beradik Kritikal Di Hospital

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Suami Isteri, Anak Nyaris Lemas Kereta Terhumban Dalam Sungai