web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MIROS Bangun Teknologi Tingkat Keselamatan Penunggang Motosikal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2021 5:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Kewujudan sistem teknologi amaran yang dibangunkan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) diyakini mampu mengurangkan risiko kemalangan membabitkan penunggang atau pembonceng motosikal. 

Ketua Pengarahnya, Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata, teknologi dikenali sebagai Pengesanan dan Perluasan Cahaya (LIDAR) itu dicipta susulan jumlah kematian tinggi di kalangan pengguna kenderaan jenis itu. 

Menurut beliau, kadar kematian membabitkan golongan terbabit adalah tiga kali lebih tinggi berbanding pengguna kenderaan lain. 

“Motosikal tergolong dalam jenis pengangkutan berisiko kerana tidak memiliki ciri perlindungan fizikal yang tinggi, justeru aplikasi teknologi LIDAR membantu pemandu mengesan kewujudan kenderaan lain di hadapan mereka. 

“Ia membantu mengelakkan perlanggaran secara secara selamat, termasuk pada kelajuan tinggi,” katanya. 

Mengulas lanjut beliau berkata, teknologi ini akan memberi amaran melalui tiga peringkat dan membantu pemandu atau penunggang menyedari bahaya yang mungkin berlaku, tepat pada masanya. 

Katanya, LIDAR adalah komponen utama Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang digunakan secara meluas dalam reka bentuk kenderaan beroda empat. 

"Pembangunan teknologi khusus untuk penunggang motosikal ini adalah pencapaian memberangsangkan kerana aplikasi terdahulu agak terhad dan tidak meluaskan dalam reka bentuk pembuatan motosikal,” jelas beliau. 

Khairul Anwar berkata, teknologi amaran ini dibangunkan dengan mengambil kira faktor berlaku perlanggaran membabitkan motosikal di lorong kecemasan melalui dapatan analisis kes kemalangan terdahulu. 

“Menerusi teknologi ini, MIROS turut mengambil kira faktor kesesuaian reka bentuk motosikal dan tingkah laku penunggang di Malaysia, bagi meningkatkan fungsi sistem dan mengurangkan penolakan golongan sasar. 

  "Prinsip utama reka bentuk teknologi ini ialah berimpak tinggi, kos yang rendah, berasaskan pengguna dan mudah dipasang melalui reka bentuk naik taraf,” katanya. 

Beliau menarik perhatian, pendekatan reka bentuk yang digunakan itu diyakini dapat meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehsediaan teknologi terbabit, untuk digunakan secara meluas dalam kalangan penunggang motosikal tempatan. 

Kadar kemalangan jalan raya tahun lalu menurun kepada 4,534 berbanding 6,167 pada 2019, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19. - Getaran, 5 Februari 2021 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Berhenti Jika Mengantuk, Jangan Bahayakan Orang Lain

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

3

Kolum 6 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Memang Ada Kejadian Gaduh, Laporan Polis Sudah Dibuat - Polis 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki