web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Belia Dizalimi Dunia, Malaysia Harus Laksana 5 Perkara Demi Kelestarian Generasi Muda

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 May 2023 11:55AM

Antara krisis yang membelenggu golongan itu adalah perubahan ekstrem iklim, bencana, pencemaran alam, bekalan air dan bekalan makanan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dunia ketika ini sedang menghadapi pelbagai krisis yang memberi kesan secara langsung dan suasana negatif terhadap masa hadapan golongan belia.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menerusi teks khutbah Jumaat semalam berkata, polemik tersebut tercetus susulan dasar dan kegiatan oleh pemimpin yang menzalimi kehidupan anak muda.

Selain polemik politik dan kepimpinan, jelasnya, antara krisis yang membelenggu golongan itu adalah perubahan ekstrem iklim, bencana, pencemaran alam, bekalan air dan bekalan makanan.

“Krisis politik dan kepimpinan paling membuatkan kehidupan belia menderita sehingga mencetuskan persengketaan dan peperangan. Akibatnya, ratusan juta belia terpaksa tinggal dalam khemah pelarian atau menghadapi pengalaman ngeri.

“Pada masa sama, ada anak muda dinafikan peluang bersekolah seperti dinikmati belia di negara yang aman, malah turut tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk membina kerjaya cemerlang,” katanya.

Jelas teks khutbah itu, selain mengalami trauma dan kepahitan hidup, individu yang tinggal di khemah pelarian turut dinafikan peluang untuk membangunkan keluarga bahagia seperti diidamkan semua pihak.

Katanya, wujud keperluan untuk pihak berkaitan memberi perhatian ke atas lima perkara demi menjamin kelestarian dan kebahagiaan masa hadapan golongan anak muda.

“Lima perkara itu adalah memberi peluang suara mereka didengari agar hasrat dan impian mereka dapat diberikan perhatian dan memikirkan kesan pada masa hadapan golongan itu dalam apa juga dasar atau program dilaksanakan, agar tidak menghadapi kesengsaraan seperti menanggung beban atau hutang disebabkan sifat tamak serta nafsu haloba pemimpin hari ini. 

“Pada masa sama, (pihak berkaitan) perlu menyediakan peluang pendidikan, latihan, kerjaya, perniagaan, ekonomi saksama agar boleh dicapai oleh setiap anak muda; memastikan sumber alam tidak dimusnahkan supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang dan terakhir, memastikan golongan itu mewarisi negara aman, makmur dengan mengamalkan budaya tadbir urus beramanah, telus, berintegriti, serta bebas daripada rasuah dan kronisme,” katanya.

Tegas teks khutbah, belia merupakan khazanah negara dan ia dibuktikan oleh peranan serta tanggungjawab membangunkan negara yang telah dilunasi oleh golongan berkenaan, menerusi penguasaan ilmu pengetahuan dan pembentukan kemahiran diri.

Bagaimanapun katanya, perlu disedari bahawa ecerdasan akal dan kekuatan fizikal amat penting untuk menjamin keupayaan sesuatu bangsa agar kekal berdaya saing. 

“Oleh itu, aspek kesihatan mental dan fizikal hendaklah diberikan keutamaan dalam kehidupan seharian belia. Mereka perlu mengamalkan gaya hidup berdisiplin, pemakanan sihat, dan beriadah secara harian, di samping memperkukuhkan jati diri agar selari dengan tuntutan agama dan budaya bangsa. 

“Orang muda perlu memiliki nilai moral, akhlak dan peribadi yang unggul berlandaskan nilai murni Islam, serta berupaya membawa keharmonian ummah dan mengukuhkan hubungan persaudaraan. 

“Belia hendaklah menggunakan kesempatan masa muda ini dengan sebaik- baiknya dengan berusaha melakukan kebaikan yang akan mempertemukan kalian dengan kejayaan dunia, akhirat, serta mengerjakan amal bakti, amal jariah agar boleh membawa manfaat kepada diri, ummah dan negara,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 11 bulan yang lalu

Perdana Menteri Sampaikan Khutbah Jumaat Di Pusat Kebudayaan Islam New York

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Inapan Rahmah @IYCResidence Tawar Sewa RM10 Sehari Kepada Belia, Pencari Kerja

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hindari Dosa, Jauhi Umpat Dan Fitnah - Khutbah Jumaat JAIS

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fadillah Saran Belia Dalam Sektor Perladangan Lakukan Penyelidikan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Luar Negara 18 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad