web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Inapan Rahmah @IYCResidence Tawar Sewa RM10 Sehari Kepada Belia, Pencari Kerja

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 5:10PM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Youth Capsule (Y-Capsule) @IYCResidence dilancarkan hari ini bagi memberi manfaat kemudahan inapan kepada golongan belia yang mencari peluang pekerjaan di ibu negara.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata kemudahan ini yang akan mula beroperasi Jumaat ini, diberikan kepada golongan sasar berusia 18 hingga 40 tahun dengan kadar RAHMAH hanya RM10 sehari.

“Program ini menyasarkan belia yang berhasrat untuk menjalani latihan industri, pencari kerja dan golongan yang sudah bekerja tetapi tidak mempunyai tempat untuk menginap.

“Saya harap ia akan menggalakkan lebih ramai belia memperolehi motivasi untuk mendapatkan pekerjaan khususnya yang datang daripada luar bandar dengan kadar yang murah,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program berkenaan di sini, hari ini.

Fasiliti yang terletak di bangunan sedia ada Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, di sini menyediakan lima bilik dormitori dengan kapasiti 54 katil dan dilengkapi kemudahan lengkap seperti peralatan masak, dobi layan diri, internet serta perhentian bas berdekatan untuk penginap.

Hannah berkata, inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan menerusi Pengurusan IYC itu diusahakan memandangkan berdasarkan statistik, 38 peratus dari golongan gelandangan di ibu negara adalah golongan belia berusia 18 hingga 30 tahun.

“Kita susah untuk dapatkan dana untuk bina fasiliti baharu, sebab itu itu kita lihat fasiliti yang sedia ada dan buat seperti program ini. 

“Saya gesa agensi kerajaan untuk buka ruang sama seperti ini kepada golongan belia,” katanya

Hannah yang juga ahli Majlis Pekerjaan Negara berkata menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat suku kedua tahun ini, daripada 16.15 juta pekerja dalam negara, 6.08 juta adalah belia. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 bulan yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Exco Kedah Puji Profesionalisme, Sikap Terbuka Hannah Yeoh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 21 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000