web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar Sop Aidilfitri: Exco Terengganu Didenda RM2,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2021 5:49PM

Dr Azman hadir memberi keterangan dan menerima surat Tawaran Untuk Mengkompaun Kesalahan di IPD Besut. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Terengganu Dr Azman Ibrahim hari ini didenda RM2,000 setelah didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri yang berkuat kuasa susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Besut Superintenden Abdul Rozak Muhammad mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama dan berkata kompaun RM2,000 adalah jumlah maksimum yang dikenakan kepada mana-mana individu yang melanggar SOP ditetapkan.

“Bagi mana-mana perbadanan atau pertubuhan yang melanggar SOP Aidilfitri, kadar maksimum kompaun ialah RM10,000,” katanya.

Terdahulu, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut selepas tular di laman sosial gambar beliau dikunjungi seorang tetamu lelaki semalam.

Lelaki berumur 55 tahun itu, yang enggan dikenali, turut didenda RM2,000.

Berikutan pelaksanaan PKP di seluruh negara bermula Rabu lepas hingga 7 Jun, beberapa SOP bagi sambutan Aidilfitri telah ditetapkan termasuk tidak membenarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia