web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Terima Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan Korea Selatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 6:35PM

Anwar Ibrahim (kanan) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup (kiri) di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup di sini.

Kedua-dua pemimpin meluangkan masa kira-kira 30 minit bagi membincangkan isu berkepentingan bersama merangkumi hubungan dua hala dan serantau. 

Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai usaha mengeratkan hubungan dua hala dalam bidang pertahanan dan keselamatan. 

Lee kini dalam lawatan khas tiga hari ke Malaysia sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23) yang bermula hari ini hingga 27 Mei. 

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan delegasi Korea Selatan. 

Selepas pertemuan itu, Anwar turut menerima kunjungan Menteri Pengangkutan Somalia Fardowsa Osman Egal sebelum bergerak ke lokasi seterusnya bagi lawatan dua hari beliau ke Langkawi sempena LIMA '23.

Sementara itu, Anwar dalam kenyataan di laman Facebook beliau berkata ruang lingkup pertemuan setengah jam bersama Lee digunakan sebaik mungkin dalam membincangkan isu mendesak seperti kerjasama pertahanan, pendidikan dan pertukaran budaya.

“Kami senada untuk terus mengukuhkan hubungan dua hala agar lebih harmoni demi kemajuan bersama,” katanya.

Mengenai pertemuan dengan Fardowsa pula, Perdana Menteri berkata beliau turut menyentuh keperluan meningkatkan libat urus dengan Somalia dan menerokai kolaborasi yang berpotensi untuk diceburi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 4 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia