web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Derita Palestin, PKR Kumpul Sumbangan RM500,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 May 2021 11:54AM

Anwar berkata dana sebanyak RM500,000 ribu berjaya dikumpul dalam masa 24 jam. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terkesan dengan penderitaan penduduk Palestin akibat kekejaman rejim Zionis, ramai rakyat Malaysia bersatu hati menyalurkan sumbangan dan bantuan kecemasan.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pihaknya berjaya mengumpul dana sebanyak RM500,000 dalam tempoh 24 jam untuk kebajikan warga Palestin.

“Lantaran keadaan terdesak di Semenanjung Gaza, kami telah mengirim segera sumbangan kepada mereka.

“Sekalung penghargaan kepada semua penderma dan staf yang membantu,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) turut bersetuju menyumbang sebulan gaji masing-masing untuk disalurkan ke dalam Tabung #Aid4Palestine.

Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, selain itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di negeri itu turut menghulurkan sumbangan sebanyak RM3,000 seorang.

“Sebelum ini, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut menyumbangkan dana dengan bantuan terkumpul sebanyak RM100,000. Langkah ini adalah komitmen serta solidariti kerajaan negeri dalam membantu saudara di bumi Palestin yang sememangnya terkesan dengan kekejaman Zionis Israel,” katanya.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, tentera Israel melakukan pencerobohan terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa.

Tindakan Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa itu menerima kecaman hebat masyarakat dunia yang mendesak pihak berkaitan bertindak segera dan bersatu menentang kezaliman tentera Zionis.

Malah, kekejaman Israel turut mencetuskan kemarahan ramai netizen yang meninggalkan pelbagai komen berunsur kecaman, sehingga mendorong negara Zionis itu bertindak balas mempertahankan diri di media sosial.

Penderitaan dialami rakyat Palestin ternyata berhasil menyatukan semua pihak di negara ini walaupun pada dasarnya, saling berbeza ideologi, khususnya dari aspek politik. - Getaran, 15 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia