web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


150 Pakar, Pemain Industri Berkumpul Pada Forum HAWANA Bincang Masa Depan Media

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 9:22AM

Bertemakan “Masa Depan Media”, Forum Media HAWANA 2023 dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada 8.30 pagi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kira-kira 150 pakar dan pemain industri media berkumpul di Hotel Casuarina Meru, di sini hari ini, untuk meneroka tindakan seterusnya terhadap media tradisional dan wartawan konvensional dalam era digital, menerusi forum yang diadakan bersempena dengan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023.

Bertemakan “Masa Depan Media”, Forum Media HAWANA 2023 telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada 8.30 pagi.

Bahagian pertama forum itu akan membincangkan kerelevanan media tradisional, peralihan daripada kaedah cetak kepada digital dan cara untuk menarik hasil pengiklanan.

Ketua Pengarang The Jakarta Post M. Taufiqurrahman dijangka berkongsi tentang kelangsungan media tradisional di Indonesia dan bagaimana ia mengekalkan pengiklannya terhadap portal.

Penasihat Kanan Persatuan Pengiklan Malaysia Mohammad Kadri Taib pula bersedia berkongsi maklumat tentang cara persatuan itu membantu mengalih semula pengiklan kepada media tradisional, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Mindshare & Msix S. Sheila akan bercakap tentang strategi untuk menarik pengiklan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Rev Media Group Nicholas Sagau dijangka membicarakan pengalaman Media Prima berkenaan transformasi digital dan bagaimana konglomerat media mempromosikan platform digitalnya sambil mengekalkan bahagian pasaran dalam media tradisional.

Dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Petra News Datuk Ahirudin Attan, bahagian kedua forum itu akan menumpukan tentang kewartawanan konvensional dalam menyesuaikan diri dalam persekitaran digital dan media baharu.

Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Suhaimi Sulaiman yang kini Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), berkemungkinan berkongsi pandangan peribadinya dalam mengubah beberapa stesen televisyen di negara ini, kepentingan kewartawanan konvensional dalam era berita palsu, serta kewartawanan digital dan mudah alih.

Dalam pada itu, Pengurus Negara AFP bagi Malaysia, Indonesia dan Brunei Alric Manickam dijangka membincangkan tentang pengalaman dan cabaran transformasi AFP global serta perkara yang diperlukan untuk perubahan itu.

Pakar penjenamaan Andrew Arnold Ambrose pula akan menumpukan kepada pemasaran antara media konvensional dengan pempengaruh media sosial, cabaran menguruskan reputasi jenama dalam era digital, data analisis dan kandungan yang direka.

Dianjurkan bersama Bernama dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), peserta forum terdiri daripada wartawan, koresponden dan ahli akademik dari Singapura, Filipina, Vietnam, Indonesia, China, Jepun dan Kuwait.

Sambutan HAWANA 2023 dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital dengan pelaksanaannya dikendalikan oleh Bernama.

Bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”, HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lewat hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

HAWANA 2023: Fahmi, Timbalan Lawat Gerai Pameran The Vibes, Getaran

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Wartawan Umpama Adiwira Tangani Berita Palsu - Teo

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sambutan HAWANA 2023 Iktiraf Peranan Media Kini Bermula

4

Semasa 1 tahun yang lalu

HAWANA 2023 Himpun Lebih 1,000 Pengamal Media Di Perak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah