web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wartawan Umpama Adiwira Tangani Berita Palsu - Teo

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 12:13PM

Teo Nie Ching di acara pelepasan peserta Media Hunt Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Wisma Bernama di sini hari ini - Gambar Facebook Teo Nie Ching

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wartawan mempunyai peranan umpama adiwira dalam menangani penyebaran berita palsu di alam maya yang semakin menular seiring dengan perkembangan teknologi. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata peranan dan kepentingan wartawan sebagai sumber maklumat tepat tidak akan berubah meskipun media berdepan dengan perubahan corak penyampaian serta maklumat berikutan revolusi pendigitalan termasuk dengan pengenalan teknologi kecerdasan buatan (AI).

"Tidak dapat dinafikan wartawan merupakan barisan hadapan untuk menyebar luas maklumat yang sahih dan benar kepada masyarakat,” katanya ketika berucap pada acara pelepasan peserta Media Hunt Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Wisma Bernama di sini hari ini. 

Beliau berkata 49 kes berita palsu yang dicatatkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sejak Januari hingga penghujung April tahun initelah disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Sementara itu Teo berkata beliau amat menghargai sumbangan wartawan dalam memastikan kelangsungan dan kejayaan rancangan pembangunan untuk Malaysia MADANI termasuk teguran bernas dan berasas agar kerajaan dapat menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Mengenai penganjuran HAWANA 2023, Teo  merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selaku agensi pelaksana yang bertungkus-lumus menggerakkan usaha  dengan sokongan organisasi-organisasi media tempatan dan antarabangsa serta rakan-rakan penaja. 

Pada acara Media Hunt HAWANA 2023 hari ini, Teo melepaskan 30 kenderaan melibatkan 120 peserta terdiri daripada pengamal media dari pelbagai agensi yang akan ke beberapa destinasi menarik, bersejarah dan penuh dengan warisan di Perak.

Bagi acara itu, hadiah disediakan hingga tempat ke-10, dengan tempat pertama akan meraih wang tunai berjumlah RM4,000, tempat kedua (RM2,500) dan ketiga (RM1,500). 

Sambutan HAWANA 2023 yang mengangkat tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ yang bertujuan memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalankan tugas, berlangsung selama tiga hari mulai hari ini. 

Majlis Kemuncak HAWANA 2023 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok. 

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional dan ia dipilih sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Majlis Media Malaysia Tentukan Laporan Beretika Atau Sebaliknya

4

Semasa 11 bulan yang lalu

KKD Utamakan Pencapaian Konsesus Berhubung Penubuhan Majlis Media Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi