web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Cedera Dalam Kebakaran Gudang Simpanan Bahan Kimia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 9:45PM

Kedua-dua mangsa yang berumur 20 dan 25 tahun itu melecur sebanyak 50 peratus di bahagian badan dan telah diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke hospital - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Dua pekerja melecur teruk apabila sebuah gudang penyimpanan bahan kimia di Taman Teknologi Park, di sini, terbakar petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kedua-dua mangsa yang berumur 20 dan 25 tahun itu melecur sebanyak 50 peratus di bahagian badan dan telah diberi rawatan awal sebelum dikejarkan ke Hospital Cancelor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Tun Razak di Cheras.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 4.35 petang tadi dan seramai 14 anggota termasuk Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi 10 minit kemudian mendapati kebakaran melibatkan tempat penyimpanan bahan kimia yang mengakibatkan dua pekerjanya mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kebakaran yang melibatkan kawasan seluas 800 kaki persegi itu dapat dipadamkan pada pukul 5.15 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Bahan-bahan kimia yang terlibat dalam kebakaran telah berjaya dineutralkan dan tiada pencemaran berlaku,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan