web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Caj Klinik Kesihatan: ‘Terlalu Rendah Tetapi Jika Mahu Naikkan Pertimbang Kemampuan Rakyat’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2023 7:00AM

Satu formula terbaik harus dirangka Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menetapkan kadar baharu bayaran itu tanpa membebankan rakyat, terutama golongan B40. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keperluan untuk kerajaan menaikkan caj rawatan pesakit luar di klinik kesihatan yang ketika ini ditetapkan pada kadar RM1, sememangnya wajar disemak semula susulan kos perkhidmatan semakin meningkat.

Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, bagaimanapun, satu formula terbaik harus dirangka Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menetapkan kadar baharu bayaran itu tanpa membebankan rakyat, terutama golongan B40.

Dr Zainal Ariffin Omar - Gambar fail
Dr Zainal Ariffin Omar - Gambar fail

Menurutnya, sekiranya perkara itu ingin dilaksanakan, nilai baharu terbabit perlu diteliti secara terperinci agar bersesuaian dengan kualiti perkhidmatan rawatan disediakan di klinik kesihatan.

“Bayaran ketika ini terlalu rendah, berbanding kos (rawatan dan perkhidmatan) yang semakin meningkat sehingga dua kali ganda, jadi kalau masih diteruskan dengan caj RM1, ia tidak akan mampu memberi nilai kepada kos perkhidmatan kesihatan kerajaan dan menyebabkan kualiti ditawarkan mungkin semakin kurang memuaskan.

“Sehubungan itu, sudah tiba masanya caj (klinik kesihatan) ini disemak semula secara terperinci, bagi memastikan bayarannya boleh dinaikkan kerana selain kos rawatan semakin tinggi yang membebankan kerajaan, bayaran terlalu rendah berisiko menjejaskan perkembangan perkhidmatan, penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kebajikan kakitangan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Sehubungan itu, Dr Zainal Ariffin berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka untuk menerima sedikit kenaikan caj kerana pastinya hasil bayaran terbabit akan digunakan bagi memperkasakan perkhidmatan serta memperbaiki fasiliti dan kemudahan rawatan.

Katanya, bagi memastikan kenaikan itu tidak membebankan golongan kurang berkemampuan, sudah tiba masa kerajaan melakukan reformasi terhadap sistem kesihatan negara.

Perkara itu, jelasnya, boleh dilakukan menerusi beberapa kaedah, antaranya memperkenalkan insurans kesihatan atau menawarkan pelbagai bantuan berbentuk subsidi.

“Ketika ini, kita boleh lihat, kadang-kadang pesakit yang datang itu memiliki kereta mewah atau menggunakan perkhidmatan e-hailing.

“Jadi, jika menaikkan caj itu, kerajaan boleh wujudkan sistem seperti insurans kesihatan (medical insurance) ataupun kad kesihatan kepada mereka yang susah atau B40 ke bawah, kemungkinan kerajaan boleh mulakan dengan mencari inisiatif seperti subsidi agar dapat membantu mengurangkan bebanan dihadapi golongan memerlukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Zainal Ariffin berkata, keperluan untuk kerajaan mempertimbangkan mekanisme baharu itu juga berupaya mengurangkan tanggungan kos dan subsidi tingginya dalam sektor kesihatan awam.

“Cadangan ini sudah pun disemak 20 tahun (lalu) dan berada dalam kertas putih KKM, iaitu agar kerajaan dapat memperbaiki kos serta mewujudkan sistem insuran, namun tiada lagi kerajaan terdahulu sehingga ke hari ini berani mengangkat perkara terbabit dalam membuat keputusan menaikkan caj perkhidmatan kesihatan.

“Kalau kerajaan nekad dan memberi penerangan sepenuhnya dengan cara betul kepada rakyat, sudah pasti mereka memberi sokongan, ekoran ia tindakan betul dalam memperbaiki sistem kesihatan awam yang akhirnya memberi faedah kepada pelbagai pihak,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, caj RM1 yang dikenakan klinik kesihatan kerajaan wajar dinaikkan kepada RM5 hingga RM20 kerana fi sedia ada.

Caj itu disifatkan tidak masuk akal kerana terlalu rendah, terutama ketika nilai kos rawatan semakin meningkat.

Jika dibandingkan klinik swasta, bayaran rawatan dikenakan untuk rawatan demam atau selesema adalah RM70 hingga RM90, iaitu bagi caj konsultasi dan ubat-ubatan.

Malah, sekiranya kerajaan menaikkan kepada RM10, ia masih dikira murah dan berbaloi kerana konsultasi serta ubatan ditawarkan di klinik kerajaan, setaraf klinik swasta.

Dr Lee Boon Chye - Gambar fail
Dr Lee Boon Chye - Gambar fail

Sementara itu, mantan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye memberi pandangan berbeza berhubung perkara terbabit.

Tegasnya, masyarakat, khususnya golongan kurang berkemampuan masih terkesan dengan kedudukan ekonomi negara yang tidak stabil.

Golongan itu, katanya, masih ‘sengsara’ akibat kenaikan kos sara hidup ekoran harga barang yang semakin meningkat.

“Dengan kedudukan ekonomi tidak menentu dan kadar inflasi tinggi, ini bukanlah masa terbaik untuk naikkan caj di Klinik Kesihatan kerajaan. Kebanyakan pesakit di fasiliti berkenaan adalah terdiri daripada B40 dan pesara.

“Mereka ini harus diberi pertimbangan sebelum kerajaan membuat keputusan untuk mengenakan caj lebih tinggi,” katanya. - Getaran, 4 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi