web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Taman Tasik SM Noor, Nama Gah Tinggal Kenangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2021 8:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Jika disebut taman tema di negara ini terutama di Perak, sudah pasti orang ramai akan lebih mengingati Bukit Merah Lake Town Resort dan Lost Wold Of Tambun.

Bagi generasi muda, mungkin mereka tidak mengetahui bahawa taman tema pertama di Perak dan yang terawal di negara ini terletak di Batu Gajah dengan dikenali sebagai Taman Tasik SM Noor.

Namun, kegemilangan taman tema itu kini hanya tinggal nama selepas ia kini terbiar sepi, dengan hanya kawasan pintu masuknya sahaja yang masih utuh.

Jika disorot kembali zaman kegemilangannya pada 1980-an, tidak sah sekiranya orang ramai dari seluruh negara tidak singgah ke taman tasik ini yang turut tersenarai dalam lokasi tumpuan pelancongan.

Menurut penduduk asal kawasan itu, Abu Bakar Othman, 71, kawasan tersebut satu ketika dahulu padat dengan kehadiran pengunjung, khususnya pada hujung minggu kerana memiliki pelbagai aktiviti menarik.

Katanya, antara aktiviti yang terdapat di taman tema itu ialah taman buaya, rumah hantu, bot itik yang menyusuri Taman Tasik Mini China dan banyak lagi aktiviti sesuai untuk keluarga.

“Bukan sahaja aktiviti di dalam kawasan taman tema, konsert artis ternama terutamanya kumpulan rock turut diadakan di sini.

“Memang meriah kawasan di sini dulu namun ia tidak bertahan lama apabila ditutup pada penghujung 1980 kalau tidak salah saya,” katanya ketika ditemui Getaran di sini.

Ditanya mengenai pemilik taman tema itu, Abu Bakar berkata, taman tema itu yang cukup popular suatu ketika dahulu itu dimiliki oleh Datuk Muhammad Noor.

Katanya, beliau juga adalah pemilik kepada Syarikat Muhammad Noor dan nama itu cukup gah dengan produk perniagaan yang merupakan jenama Samano.

Abu Bakar bagaimanapun berkata, punca sahih yang membawa kepada penutupan taman tasik itu tidak diketahui namun ada mendakwa, ia ditutup kerana pihak pengurusan gagal menampung kos perbelanjaan taman. - Getaran, 16 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Bunuh Isteri

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki