web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program Peneman Bantu Jemaah Haji Yang Memerlukan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 2:21PM

Tabung Haji turut melaksanakan Lawatan Silaturrahim iaitu kunjungan dari bilik ke bilik sebagai inisiatif menguruskan kesihatan mental jemaah haji yang antaranya berdepan masalah dengan rakan sebilik, selain masalah melibatkan hubungan suami isteri - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Ahli keluarga jemaah haji khususnya warga emas dan tiada peneman di Tanah Suci boleh menarik nafas lega apabila Tabung Haji (TH) mewujudkan program Prihatin Tetamu Ar Rahman (Peneman) bagi membantu mereka ketika waktu kemuncak haji di Arafah, Mina dan Muzdalifah.

Pengurus Kaunseling bagi musim haji 1444 Hijrah, Mohamad Hanif Napi berkata menerusi program itu, jemaah haji yang terpilih antaranya akan diberikan bantuan iringan termasuk ke tandas selain melaksanakan ibadat.

“Antara kategori yang kita tetapkan untuk pemilihan dalam program Peneman ini ialah jemaah haji berumur 70 tahun ke atas, mereka yang tiada pengiring dan dari aspek kesihatan pula, mereka bukan sakit terlantar atau kronik,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihaknya akan melakukan saringan terhadap pencalonan yang dibuat pengurusan maktab penginapan jemaah haji, sebelum sesi temu duga dijalankan oleh panel bagi memilih peserta program berkenaan.

Menurutnya panel pemilihan yang terdiri daripada pakar perubatan, Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (Pihtas) dan kaunselor dijangka memilih peserta program berkenaan pada 19 Jun ini.

Dalam pada itu, Mohamad Hanif berkata pihaknya turut melaksanakan Lawatan Silaturrahim iaitu kunjungan dari bilik ke bilik sebagai inisiatif menguruskan kesihatan mental jemaah haji yang antaranya berdepan masalah dengan rakan sebilik, selain masalah melibatkan hubungan suami isteri.

Beliau berkata pihaknya juga memperkenalkan sudut ekspresi diri dengan menyediakan kertas melukis dan mewarna serta bola stres sebagai terapi kepada jemaah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

4

Semasa 1 tahun yang lalu

13 Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Sepanjang Musim Haji 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah