web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


13 Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Sepanjang Musim Haji 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2023 8:48AM

Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 13 jemaah Malaysia meninggal dunia ketika musim haji tahun ini kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

"Tiga jemaah meninggal dunia sebelum menunaikan wukuf, manakala selebihnya iaitu 10 jemaah selepas menyelesaikan semua ibadah wajib haji," katanya selepas menyambut ketibaan kumpulan akhir jemaah haji seramai 270 orang, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Tabung Haji (TH) dalam kenyataan di laman web berkata, kesemua jemaah itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putra Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah Arab Saudi.

Turut hadir, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman; Pengarah Eksekutif Haji TH merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan barisan Pengurusan Kanan TH.

Sementara itu, Mod Naim berkata, ketika ini lima jemaah sedang dirawat di hospital di Arab Saudi dan keadaan mereka dipantau petugas haji Malaysia.

"Kesemua mereka akan dibawa pulang selepas diberi kebenaran oleh pihak berkuasa Arab Saudi," katanya.

Pada masa sama, katanya, beliau sudah berbincang dengan Menteri Kesihatan, Datuk Zaliha berhubung pemberian vaksin tambahan kepada jemaah haji jika keadaan memerlukan.

"Sebahagian besar jemaah haji kita yang meninggal dunia adalah akibat pneumonia, jadi akan melihat sekiranya perlu vaksin tambahan.

"Jadi kita akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan," katanya

Seramai 31,600 jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, membabitkan 98 penerbangan iaitu mulai 21 Mei hingga 21 Jun lalu.

Penerbangan pulang pertama jemaah Malaysia tiba di tanah air pada 4 Julai lalu. Getaran, 3 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Jangan Terpedaya Agensi Dakwa Mampu Keluar Visa Haji – Menteri

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 58 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka