web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


PDRM Berjaya Berkas Dua Lelaki Menyamar Polis, Tahan Kereta Orang Awam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2023 9:31PM

Suspek yang berjaya ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam insiden menahan kenderaan orang awam dengan menyamar sebagai polis - Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menahan dua lelaki termasuk seorang penjawat awam selepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis dan menahan sebuah kenderaan orang awam di kawasan perumahan Kukup, Pontian, petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dua lelaki tempatan berusia 43 dan 48 tahun itu diberkas sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada jam 6 petang. 

Menurut beliau, tangkapan terbabit dilakukan selepas polis menerima satu laporan berhubung video tular berkenaan kejadian itu menerusi media sosial pada jam 1.52 tengah hari, hari yang sama.

"Tangkapan dibuat di sebuah kawasan perumahan di Permas, Kukup, Pontian. Dua yang ditahan itu, salah seorangnya adalah penjawat awam dan terdapat seorang lagi suspek masih bebas dan sedang dikesan.

"Semakan rekod jenayah lampau mendapati penjawat awam berkenaan tiada rekod, namun suspek kedua mempunyai rekod bersabit kes dadah," katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Kamarul Zaman berkata, polis turut merampas sehelai baju pantulan cahaya, satu 'beacon light' mudah alih, lampu suluh, 'headlight' dan sebuah Honda City serta anak kunci.

"Permohonan reman ke atas kedua-dua suspek dibuat di Mahkamah Majistret Kulai pagi tadi dan seorang suspek direman dua hari.

"Permohonan reman ke atas suspek yang juga penjawat awam itu pula ditolak dan dia dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Kamarul Zaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai polis.

“Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan barang “ katanya. 

Tegas beliau, kedua-dua suspek jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali ganda barang atau RM500,000. 

"Suspek juga boleh dipenjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. 

Kamarul Zaman turut menyeru masyarakat supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah dan penyeludupan yang berlaku di kawasan sekitar.

"Kita juga memohon bantuan orang ramai mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

"Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah," katanya.

Semalam, tular video berdurasi 26 saat melalui Facebook memaparkan sekumpulan lelaki menyamar sebagai polis cuba menahan sebuah kenderaan di Kilometer (KM) 41.5 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara, bersebelahan laluan keluar Plaza Tol Sedenak, dekat Kulai. 

Dalam video berkenaan, tiga lelaki yang menyamar sebagai polis itu menggunakan lampu 'beacon' seakan polis dan cuba mengarahkan mangsa untuk menghentikan kenderaannya.

Pemilik akaun bernama Freeman Gan memaklumkan dia dikejar kereta yang berlagak seperti kenderaan polis ketika dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui lebuh raya itu. - Getaran, 6 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Siasat Penemuan Mayat Terbakar Berhampiran Stesen KTM Serdang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang Di Muar

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Luar Negara 18 jam yang lalu

Pasukan MALBATT Selamat, Kenderaan Rosak Diserang Orang Awam Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah