web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penubuhan SEGiM Mampu Selesaikan Konflik Ekonomi Gig - GEM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 1:09PM

Menurut Ahmad Zahid Hamidi, penubuhan SEGiM bertujuan mengawal selia ekosistem industri gig serta menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi itu bermula daripada peringkat penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja dan pengguna - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) diyakini berupaya menyelesaikan isu yang selama ini membelenggu industri terbabit secara holistik dan inklusif. 

Ketua Aktivis Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, pihaknya menyokong penuh keprihatinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu suruhanjaya itu ditubuhkan.

"Sekretariat, GEM ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Presiden UMNO kerana mencadangkan penubuhan SEGiM dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 (PAU 2023).

"Suruhanjaya yang ditubuhkan bagi mengawal selia ekosistem ekonomi gig akan dapat menyelesaikan kemelut berpanjangan dengan tuntas dan menyeluruh, meliputi semua pemegang taruh terlibat," katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini. 

Jose berkata, penubuhan itu juga dilihat memberi ruang kepada kerajaan untuk merangka serta melaksanakan apa jua perundangan yang adil kepada semua pihak.

"Ini adalah kerana Sektor Ekonomi Gig melibatkan beberapa kementerian serta agensi, dan pasti akan berlakunya pertindihan bidang kuasa. 

"Sebagai contoh, dalam Isu E-Hailing dan P-Hailing, ia melibatkan lebih daripada lima kementerian. Terima kasih sekali lagi Datuk Seri Ahmad Zahid, kami menyokong penuh Penubuhan SEGiM. 

Penubuhan SEGiM antara lima cadangan dikemukakan UMNO yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan Perpaduan dalam menangani keresahan rakyat berhubung pembangunan ekonomi di Malaysia. 

Lima syor itu disentuh Ahmad Zahid ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena PAU 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam. 

Menurut Ahmad Zahid, penubuhan SEGiM bertujuan mengawal selia ekosistem industri gig serta menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi itu bermula daripada peringkat penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja dan pengguna.

Tambahnya, sektor terbabit kian berkembang pesat di negara ini dengan lebih 1.12 juta pekerja gig berdaftar dengan Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC), bahkan lebih 80 peratus daripada pengguna ekonomi gig terdiri anak muda.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, kerajaan tidak boleh mengetepikan arus evolusi digital ekoran ia menguasai pasaran ekonomi internet Malaysia yang telah mencapai transaksi 'multi billion', sehingga mencecah RM52.4 bilion pada tahun 2020 sahaja.

"Ia dijangka berkembang pada kadar 23 peratus setiap tahun. Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig ini, ia akan memberi sinar baharu buat pemain ekonomi gig serta adik-adik Grab, LalaMove, Foodpanda di luar sana. 

"Pada masa sama, ia juga akan membolehkan kerajaan menstrukturkan sistem percukaian ekonomi gig yang menyaksikan pengaliran besar aliran tunai melalui perkhidmatan tersebut ke luar negara," kata Ahmad Zahid. - Getaran, 10 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah