web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mesin Boiler Meletup, Pekerja Melecur Di Muka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 3:23PM

Sebuah mesin boiler di sebuah kilang meletup menyebabkan tiga pekerja cedera di Temoh, Tapah, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Tiga pekerja cedera termasuk seorang melecur di bahagian muka selepas mesin boiler di sebuah kilang kuari batu di Temoh, di sini, terbakar dan meletup, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, ketiga-tiga mangsa yang cedera adalah warga tempatan berusia 30 hingga 44 tahun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kebakaran itu membabitkan mesin boiler yang terbakar 40 peratus sehingga menyebabkan ia meletup.

Katanya, siasatan awal mendapati letupan menyebabkan penutup mesin berkenaan terbuka hingga mencederakan tiga pekerja kilang itu.

“Dua daripadanya cedera ringan manakala seorang lagi melecur di bahagian muka, ketiga-tiga mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) kilang berkenaan menggunakan dua alat pemadam api sebelum ketibaan bomba.

“Anggota bomba yang tiba membuat pemantauan di seluruh kawasan bagi memastikan tiada punca yang boleh mengakibatkan kebakaran berlaku semula,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jurucakap berkenaan berkata, sebaik memastikan lokasi berkenaan selamat, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 11.50 pagi. - Getaran, 17 Mei 2021
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah