web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 7:15AM

PAC merakamkan keterangan dan mendengar penjelasan beberapa saksi dalam prosiding berhubung projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merakamkan keterangan dan mendengar penjelasan beberapa saksi dalam prosiding berhubung projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Prosiding dijalankan di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS), Markas Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak itu, membabitkan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Shahrazat Ahmad; Ketua Lembaga Pengarah BNS, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif BNS, Ir Azhar Jummat.

Menurut Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, prosiding itu diadakan susulan lawatan kerja jawatankuasa terbabit ke lokasi berkenaan bagi meninjau status pembinaan projek LCS.

“PAC mengambil masa kira-kira dua jam untuk melihat sendiri status pembinaan subjek prosiding iaitu Kapal Peronda Generasi Kedua LCS bermula pada 10.00 pagi.

“Prosiding PAC dimulakan pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 6 petang, memfokuskan mengenai laporan kemajuan projek LCS yang perlu dibentangkan Kementerian Pertahanan setiap tiga bulan kepada PAC, sehingga ia disempurnakan, selaras dengan syor PAC Parlimen ke-14 sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, PAC komited untuk membentangkan Laporan Kemajuan Projek LCS.

“Ia akan menyentuh kemajuan pembinaan LCS yang dicapai dari Oktober 2022 hingga Mei 2023 untuk dibahaskan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 2023 yang diadakan bermula 9 Oktober hingga 30 November depan,” katanya.

Terdahulu, PAC bercadang mengadakan prosiding baharu berhubung pembinaan LCS pada persidangan Dewan Rakyat, Mei lalu.

Mas Ermieyati mengesyorkan prosiding mengenai kapal milik TLDM itu diadakan sejurus pelantikan ahli PAC diluluskan Dewan Rakyat.

Skandal LCS mula terbongkar tahun lalu apabila PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal terbabit bagi kegunaan TLDM, membabitkan kos bernilai RM9 bilion.

Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada BNS bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Susulan isu menyelubungi projek terbabit, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, memaklumkan Jawatankuasa Pemantauan Projek (PMC) dipengerusikan bersama Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (MINDEF), akan memantau pelaksanaan projek LCS.

Mohamad dilaporkan berkata laporan berkala kepada Jemaah Menteri akan disediakan seperti syarat disediakan Ketua Audit Negara dan pelaporan berkala kepada Parlimen melalui PAC, sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya kemajuan projek dapat dipantau bersama semua pihak.

Pada masa sama, Mohamad mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan sudah menubuhkan syarikat bertujuan khas (SPV), bagi mengambil alih BNS, sebagai anak syarikat kepada MOF.

Mengulas mengenai isu terbabit, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak mempunyai pilihan, selain mengambil alih BNS, supaya projek berkenaan dapat diselesaikan.

Katanya, ia berikutan kerajaan sudah membelanjakan dana RM6 bilion bagi pembangunan projek LCS.

“Ada projek yang on-going yang mesti kita (kerajaan) selesaikan termasuk LCS. Kita tiada pilihan, dah belanja RM6 bilion. Kita tidak boleh tutup, kita kena ambil alih untuk menyelesaikan projek,” katanya. – Getaran, 11 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Ketirisan Dana Awam: Tindakan Tegas Ke Atas Pegawai, Menteri Salah Guna Kuasa 

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Kegagalan 104 Ventilator, Tiada Perjanjian Bertulis Antara KKM, PLSB - PAC 

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cuba Bawa Saksi Ke Parlimen, Tindakan PAC Hina Institusi Kehakiman - Nur Jazlan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Masih Dokumen Rahsia, Laporan Land Swap Perlu Diluluskan JPM Untuk Nyahklasifikasi - PAC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'