web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masih Dokumen Rahsia, Laporan Land Swap Perlu Diluluskan JPM Untuk Nyahklasifikasi - PAC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2023 10:16AM

Mas Ermieyati Samsudin berkata walaupun mereka menyimpan laporan itu, ia masih perlu mendapat kebenaran kerajaan untuk sebarang tindakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Status laporan projek kontroversi ‘land swap’ atau penswastaan untuk memajukan tanah membabitkan Kementerian Pertahanan, masih diklasifikasikan sebagai dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, justeru, dokumen itu perlu mendapat kebenaran Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk dinyahklasifikasi.

Katanya, walaupun mereka menyimpan laporan itu, ia masih perlu mendapat kebenaran kerajaan untuk sebarang tindakan.

“Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) terletak di bawah JPM dan selepas ia dibubarkan, semua laporannya diserahkan kepada JPM.

“Disebabkan itu laporan ini bukan milik Kementerian Pertahanan kerana ia diklasifikasikan sebagai OSA oleh JKSTUPKK di bawah JPM bukan kementerian berkenaan.

“Buktinya, apabila PAC Penggal Parlimen ke-14 memohon supaya laporan JKSTUPKK berhubung Perolehan Projek Pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) dan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), jabatan yang menyahklasifikasi kedua-dua laporan ini ialah JPM bukan Kementerian Pertahanan atau Kementerian Pengangkutan, walapun kedua-dua isu ini bukan di bawah JPM,” katanya kepada BH.

Land Swap adalah projek kerajaan yang dibina dan disiapkan oleh dana pemaju swasta dan sebagai balasan, kerajaan akan membuat bayaran balik secara tanah ganti atau bayaran ansuran melalui pajakan tanah.

Terdahulu, PAC mahu kerajaan menyahklasifikasi laporan Land Swap membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan, supaya pihaknya dapat meneliti semula isu berkenaan.

Hanya Land Swap dokumen belum dinyahklasifikasikan daripada tiga laporan siasatan dijalankan JKSTUPKK yang dibubarkan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika diminta mengulas isu berkenaan berkata, laporan itu sudah dinyahsulit supaya semua pihak mengetahui kerugian dan bayaran ditanggung kerajaan.

Selain itu, Mas Ermieyati berkata, beliau sudah memohon surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said pada Rabu lalu, supaya laporan berkenaan dinyahklasifikasi.

“Ini adalah proses serta prosedurnya dan PAC sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang, tambahan pula jawatankuasa ini adalah Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat.

“Saya mahu semua proses dan prosedur dipatuhi bagi mengelak perkara berbangkit pada masa depan.

“Bagaimanapun PAC menyambut baik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa kementeriannya sudah menyahklasifikasi milik JKSTUPKK,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu berkata, walaupun PAC ada menyimpan laporan itu, sekiranya kerajaan membenarkan ia dinyahklasifikasi, pihaknya akan memuat naik dokumen berkenaan di laman sesawang.

“Malah selepas ia dinyahklasifikasi, barulah PAC akan membuat keputusan sama ada prosiding berhubung tukaran tanah MINDEF ini akan diadakan atau tidak,” katanya. – Getaran, 19 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Ketirisan Dana Awam: Tindakan Tegas Ke Atas Pegawai, Menteri Salah Guna Kuasa 

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Kegagalan 104 Ventilator, Tiada Perjanjian Bertulis Antara KKM, PLSB - PAC 

3

Politik 1 tahun yang lalu

Cuba Bawa Saksi Ke Parlimen, Tindakan PAC Hina Institusi Kehakiman - Nur Jazlan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad