web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sanusi Diminta Jawab Bagaimana Kembalikan Pulau Pinang Boleh Selesaikan Masalah Air 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 7:11AM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diminta menjelaskan bagaimana masalah air di negerinya hanya boleh diselesaikan jika Pulau Pinang dikembalikan kepada negeri itu.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, Muhammad Sanusi tidak mungkin akan mendengar nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membaca lebih lanjut mengenai sejarah agar mampu bercakap dengan pengetahuan, apabila mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah. 

Menurut beliau, Muhammad Sanusi telah membina seluruh kerjayanya bukan hanya dengan berlandaskan kepada separuh kebenaran, tetapi juga pembohongan ketara yang apabila terdedah, akan dinafikan tanpa segan silu.

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

“Sanusi telah mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak mempunyai sempadan kerana Pulau Pinang masih milik Kedah. 

“Sanusi adalah salah kerana kedua-dua Kedah dan Pulau Pinang telah bersetuju dengan sempadan yang digubal secara rasmi menurut Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Guan Eng, sempadan Pulau Pinang dan Kedah telah dipisahkan dan dikodkan menjadi undang-undang di bawah Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985.

“Sanusi juga menafikan pernah meragui kedaulatan Pulau Pinang walaupun beliau dirakam menyatakan demikian mengatakannya dalam video dan aplikasi TikTok.

“Sanusi turut menafikan pernah menggesa Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Pulau Pinang dikembalikan ke Kedah, sebaliknya menyalahkan laporan palsu portal berita FMT,” katanya.

Tegas Ahli Parlimen Bagan itu, tiada sebarang reaksi diperoleh daripada Menteri Besar Kedah tersebut apabila FMT menyiarkan secara lisan perbualan antara Sanusi dan wartawan FMT yang berlaku menerusi aplikasi WhatsApp.

“Ia secara muktamad membuktikan bahawa Sanusi sememangnya mencadangkan Perlembagaan Persekutuan dipinda.

“Walaupun tiada siapa yang menafikan bahawa dari segi sejarah Pulau Pinang pernah menjadi milik Kedah, seperti mana banyak negeri lain di Semenanjung Malaysia pernah menjadi milik Melaka, perubahan yang berlaku semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Perlembagaan Persekutuan harus dihormati,” katanya. 

Beliau memberitahu, Pulau Pinang adalah sebuah negeri berdaulat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja termasuk Sultan Kedah.

“Sanusi tidak akan mendengar nasihat Perdana Menteri untuk tidak membuang masa dengan politik remeh tetapi membaca dengan baik kerana beliau tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan krisis kekurangan air yang teruk di Kedah. 

“Sehingga kini, Sanusi tidak menjelaskan bagaimana kempennya mengembalikan Pulau Pinang ke Kedah membantu menyelesaikan krisis kekurangan air yang teruk di Kedah dan isu ekonomi lain dihadapi oleh rakyat negerinya.

Perdebatan mengenai Pulau Pinang yang didakwa sebenarnya milik Kedah sudah berlarutan sejak sekian lama, dengan mantan Menteri Kewangan itu menjadi antara individu paling lantang membangkang dakwaan tersebut.

Kedua-duanya juga saling berbalas kenyataan, termasuk di media sosial sehingga kini. - Getaran, 13 Jun 2023 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini