web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Pukul, Ludah Muka Anggota RELA Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2021 8:31PM

Polis tahan seorang lelaki yang memukul dan meludah anggota RELA di Pasar Awam Sitiawan, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SITIAWAN - Polis menahan seorang lelaki yang bertindak memukul dan meludah anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Pasar Awam Sitiawan, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 6.40 pagi dan video anggota berkenaan dipukul serta diludah lelaki berusia 52 tahun itu turut tular di Facebook sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada mangsa pada jam 12.40 tengah hari semalam.

Katanya, polis kemudiannya bertindak membuat tangkapan terhadap suspek yang terbabit dalam kes ini kira-kira jam 8.50 malam tadi.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

“Siasatan dijalankan mendapati suspek memukul mangsa disebabkan mangsa menahannya dari memasuki pasar kerana premis terbabit belum lagi beroperasi.

“Suspek tidak menghiraukan arahan mangsa yang juga anggota RELA dan terus masuk sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.

“Suspek dipercayai memukul mangsa dengan menggunakan tangan, mengeluarkan kata-kata kasar dan meludah muka anggota RELA itu,” katanya di sini, hari ini.

Nor Omar berkata, polis sudah mendapatkan perintah reman selama empat hari sehingga 20 Mei bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 332 Kanun kerana dengan sengaja menyebabkan cedera bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya. – Getaran, 17 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang