web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kalimah Allah: Kenapa Nak Tipu, Kelirukan Rakyat? – PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2023 3:31PM

Anwar Ibrahim - Gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya berhenti memutarbelitkan fakta mengenai isu kalimah Allah dan menggunakannya untuk menipu rakyat.

Ketika menjelaskan dakwaan setengah pihak yang beliau mengelirukan Dewan Rakyat berhubung perkara tersebut, Anwar menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bercanggah.

“Apa yang bertentangannya? Nak putar belit tipu rakyat sebab apa? Nak dapat keuntungan politik jangan dengan menipu,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar berkata demikian sekali gus membidas Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang bangkit sebelum sesi PMQ bermula dan mempersoalkan mengapa usulnya bagi merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Zulkafperi merujuk kenyataan Anwar di Dewan Rakyat pada 23 Mei lepas yang menafikan dakwaan kerajaan tidak merujuk Yang di-Pertuan Agong mengenai keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Menurut Zulkafperi, ia berikutan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 7 Jun yang menunjukkan kerajaan belum merujuk kepada Majlis Raja-Raya (MRR) sebelum menarik balik rayuan itu.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan, keputusan kerajaan menarik balik rayuan sudah dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebanyak dua kali.

“Memang dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong. Pertama kali ketika perjumpaan sehari sebelum mesyuarat Kabinet dan kemudian pada 7 Februari lalu di hadapan Jemaah Menteri, saya menelefon Yang di-Pertuan Agong tentang keputusan baharu, iaitu nak merujuk kepada MRR dalam soal pindaan (peraturan).

“Faham tak. Tapi keputusan yang kita buat kemudian itu adalah kerana kita nak buat pindaan, tarik balik peraturan KDN yang menetapkan tentang peraturan membolehkan import barang yang dilarang,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, dalam pertemuannya dengan Sultan Selangor, baginda berpendapat usaha untuk meminda peraturan berhubung penggunaan kalimah Allah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu diteliti di Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan dipertimbang dalam MRR.

“Saya menghadap Sultan Selangor atas titah Tuanku. Apa yang Sultan Selangor sebut iaitu dalam soal perakuan Kabinet tentang tidak membolehkan kalimah ALLAH digunakan di Semenanjung Tanah Melayu diperkenan, kemudian kelonggaran untuk Sabah dan Sarawak.

“Oleh kerana ada pindaan, Tuanku beri pandangan sebaiknya pindaan yang nak dicadangkan untuk diperkemas peraturan itu sebaiknya dibawa kepada MKI supaya Tuanku sendiri mempersembahkan kepada MRR,” katanya. – Getaran, 13 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia