web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Facebook Mat Sabu Digodam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Jun 2023 9:34PM

Mohamad Sabu - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Facebook rasmi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu digodam sejak petang tadi.

Pejabatnya menerusi kenyataan memaklumkan, ia menyebabkan platform itu tidak dapat diakses pentadbir akaun.

“Laman sosial Facebook rasmi milik Datuk Seri Mohamad Sabu digodam kira-kira jam 4.00 petang tadi dan tidak dapat diakses oleh kesemua pentadbir akaun,” menurut kenyataan itu.

Katanya, pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kini sedang berusaha mendapatkan kembali akses ke akaun Facebook yang mempunyai 340,000 pengikut itu.

“Justeru, sebarang status atau kenyataan dimuat naik di laman terbabit selepas siaran (kenyataan) ini dikeluarkan, bukan daripada Datuk Seri Mohamad atau pentadbir sah,” katanya.

Tinjauan Getaran di Facebook Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu mendapati hantaran terakhir dimuat naik setakat ini adalah kira-kira empat jam lalu.

Hantaran itu mengenai lawatan kerja Mohamad ke Kelantan, baru-baru ini bersama pegawai kementeriannya, termasuk mengunjungi projek ternakan lembu sado diusahakan usahawan di negeri berkenaan.

Kes media sosial digodam membabitkan pemimpin negara bukan baharu, apabila Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah berdepan situasi sama.

Ia menyebabkan beliau membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan akaun peribadi Telegram dan Signal miliknya, digodam pihak tidak bertanggungjawab pada 8 Ogos, tahun lalu.

Pejabat Perdana Menteri, dalam kenyataan mengenai insiden itu memaklumkan, akaun terbabit dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun berkenaan, mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Sehari kemudian, akaun Telegram milik Menteri Luar ketika itu, Saifuddin Abdullah digodam, malah penjenayah terbabit menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu. - Getaran, 13 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

2

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari ATM Ke-90, Semoga Terus Disegani, Dihormati

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penganggur Buat Komunikasi Jelik Terhadap Sultan Selangor Kena Penjara, Denda

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 12 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 12 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok