web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Masuk Akal, KPPLPPM Bantah Menteri Lantik Pihak Luar Tadbir Tourism Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2023 6:16PM

KPPLPPM menolak cadangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing untuk melantik pihak luar dalam pentadbiran dan pengeoperasian Tourism Malaysia di dalam serta luar negara - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (KPPLPPM) menolak cadangan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing untuk melantik pihak luar dalam pentadbiran dan pengeoperasian Tourism Malaysia di dalam serta luar negara.

Presiden KPPLPPM, Alwi Shakir berkata, melantik pihak luar tanpa mempunyai latar belakang pentadbiran kerajaan atau industri pelancongan adalah tidak masuk akal, malah ia akan menimbulkan permasalahan dalam urusan perolehan serta tatacara kewangan kerajaan yang kompleks. 

Menurut beliau, tadbir urus oleh pihak luar akan memakan masa kerana ia memerlukan pemahaman serta pemerhatian yang lebih terperinci, sebelum sesuatu proses perolehan dilaksanakan.

“Pegawai kerajaan yang berpengalaman lebih 20 tahun juga sering kali menerima teguran audit dalam hal perolehan, apatah lagi seseorang yang tidak mempunyai pemahaman mengenai sistem kerajaan.

“Peranan seorang penjawat awam bukan sahaja berkisar kepada pelaksanaan agenda kerajaan bahkan perlu menjaga hubungan diplomasi di antara kerajaan dan pemain industri, agensi kerajaan, kerajaan negeri dan negara lain,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Alwi berkata, urus tadbir Tourism Malaysia hendaklah dilaksanakan berlandaskan peraturan yang berkuatkuasa, termasuk dalam melantik dan menempatkan kakitangan di pejabat Malaysia dan luar negara.

Jelasnya, hal tersebut telah dibincangkan dan dipersetujui sebelum ini antara pihak kesatuan dan pengurusan dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ), melibatkan hal ehwal penetapan kriteria pemilihan, pelantikan dan penempatan pegawai Tourism Malaysia.

“KPPLPPM ingin memetik ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bertarikh 29 November 2022 iaitu peringatan kepada barisan Kabinet untuk sama sekali tidak mencampuri dan mengganggu urus tadbir seharian agensi kerajaan.

“Justeru, arahan menteri terhadap cadangan tidak mempunyai asas, rasional dan bersifat menjurus kepada spekulasi kepentingan individu yang akan mengganggu hal ehwal kebajikan kakitangan Tourism Malaysia, terutama dari segi pembangunan karier kerana ia menutup peluang kenaikan pangkat dan pusingan kerja,” katanya.

Dalam pada itu, Alwi memaklumkan, situasi itu akan mewujudkan suasana tidak harmoni dalam persekitaran kerja sehingga akhirnya, membawa kepada permasalahan kesihatan mental terhadap penjawat awam.

“Para pegawai Tourism Malaysia hanya bergantung harap terhadap kenaikan pangkat dan pusingan kerja dalam memperbaiki taraf kehidupan mereka, memandangkan skim perkhidmatan masih belum ditambah baik oleh pihak kerajaan.

“Jikalau perkara itu terjadi, adakah Kerajaan Perpaduan sekali lagi menjadi kerajaan yang memberhentikan dan menamatkan anggota perkhidmatan awam,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perusahaan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kesatuan Sekerja, termasuk mengadakan piket dan mogok seandainya menteri masih berkeras dan menekan Tourism Malaysia untuk melaksanakan arahan tersebut.

Menurut beliau, perkara itu turut dibawa kepada pengetahuan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta disalinkan kepada pegawai tertinggi kerajaan.

“Arahan ini dikeluarkan secara membuta tuli dan tanpa melalui sebarang rundingan dengan pihak pekerja. Ia merupakan satu tindakan yang membelakangkan Konvensyen 98 Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan hak berunding, seperti diamalkan di Malaysia melalui Akta Kesatuan Sekerja dan Akta Perhubungan Perusahaan.

"Perkara ini juga dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri memandangkan isu ini adalah kritikal dalam kelangsungan jabatan, karier kakitangan, kebajikan serta industri pelancongan secara keseluruhan.

"Kesatuan memberi jaminan akan kekal berada di belakang pihak yang mempertahankan agenda pekerja termasuk pihak pengurusan, seandainya terdapat ancaman atau ugutan diberikan berkenaan isu itu," katanya. - Getaran, 15 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka