web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BMT 2023 Beri Manfaat Kepada 318,750 Pekebun Kecil Getah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 2:49PM

Seramai 318,750 pekebun kecil getah bakal menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh 2023 (BMT 2023) dengan jumlah keseluruhan RM256 juta. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 318,750 pekebun kecil getah bakal menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh 2023 (BMT 2023).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA telah membuka permohonan dan pengemaskinian bagi BMT 2023.

Menurut beliau, bantuan dengan jumlah keseluruhan RM256 juta itu diluluskan dalam Bajet 2023.

“Kesemua pekebun kecil getah itu mencakupi 232,427 yang berdaftar di bawah RISDA dan 83,323 di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

“Mereka akan menerima bantuan berjumlah RM800 seorang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, BMT itu dikhususkan untuk pemilik kebun getah kecil yang menguruskan kebun sendiri.

“Ia juga diperuntukkan untuk pemilik kebun yang menjadi ahli Projek Tanam Semula Berkumpulan dan penoreh getah di bawah kategori bergantung pada penorehan getah sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah kebun getah sendiri “ katanya.

Jelas beliau, individu yang berdaftar dengan RISDA dan berada dalam Sistem Pembangunan Pekebun Kecil (e-SPeK) juga layak menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan mengharapkan pekebun kecil dan penoreh getah mendapat manfaat sepenuhnya menerusi program ini. 

“Program BMT 2023 melambangkan komitmen kerajaan Malaysia Madani untuk menyokong kehidupan pekebun kecil dan penoreh getah bagi mengatasi cabaran kewangan semasa musim tengkujuh,” katanya.

Untuk info, pekebun kecil getah yang layak boleh membuat permohonan atau mengemaskini data masing-masing melalui pautan pekebunkecilrisda.gov.my. 

Mereka perlu menyertakan dokumen sokongan sepertimana yang dinyatakan dalam syarat permohonan bermula 15 Jun hingga 15 September 2023. - Getaran, 16 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi