web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Padah Cuba Sogok Polis Untuk Rentas Negeri, Warga Asing Ditangkap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2021 9:04AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang buruh binaan warga asing ditahan selepas didakwa cuba memberi rasuah RM200 kepada anggota polis bagi mendapatkan permit merentas negeri di Balai Polis Bukit Tinggi, Bentong kira-kira 207 kilometer dari sini, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata suspek lelaki berumur 28 tahun itu didakwa datang ke balai tersebut sekitar 9.40 pagi bagi memohon permit perjalanan dari Bentong ke Kuala Lumpur. 

“Bagaimanapun permohonan itu ditolak difahamkan kerana alasan ingin bertemu rakan yang diberikan suspek bukanlah satu urusan penting untuk membolehkan dia diberikan kelulusan. 

“Suspek dikatakan telah mengeluarkan dua keping wang tunai RM100 untuk diberikan kepada ketua balai dan tiga anggota yang bertugas selepas dimaklumkan permohonan itu ditolak,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. 

Zaiham berkata suspek ditahan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Raub bagi tindakan selanjutnya. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang