web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Pernah Ada Cadangan Tutup SJKT, PM Mahu Tingkat Kualiti Pendidikan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 8:49PM

R Nelson berkata cadangan untuk menghentikan operasi SJKT yang memiliki kurang daripada 15 pelajar tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pemimpin, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk menghentikan operasi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang memiliki kurang daripada 15 pelajar tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pemimpin, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menafikan desas-desus itu, Ahli Dewan Negara, Datuk R Nelson berkata, Anwar selaku Perdana Menteri dan pemimpin utama negara sentiasa memberikan cadangan penting demi memastikan tahap serta kualiti pendidikan pelajar sekolah jenis itu terus terjaga.

R Nelson
R Nelson

Menurut beliau, cadangan Anwar itu telah disalah tafsir beberapa pihak, walhal Perdana Menteri sebenarnya mahu mencari mekanisme paling efektif untuk membantu menangani masalah kekurangan pelajar yang dialami beberapa sejumlah kecil SJKT.

“Perdana Menteri hanya menyuarakan keprihatinan beliau, yang bimbang melihat jumlah pelajar di semua sekolah terlibat semakin berkurangan.

“Ada antara sekolah terbabit jumlah pelajarnya kurang daripada 15, jadi penyelesaian secara efektif perlu dihasilkan bagi membolehkan ia beroperasi dengan satu persekitaran yang kondusif,” katanya kepada Getaran hari ini.

Antara penyelesaian dicadangkan Anwar jelas Nelson, ialah supaya murid terbabit dihantar ke sekolah yang jumlah pelajarnya lebih ramai dan memiliki prasarana lebih lengkap, termasuk pengangkutan.

“Semua ini demi kebaikan semua pelajar berkenaan. 

“Dengan berpindah ke sekolah yang jumlah muridnya lebih ramai, mereka juga berpeluang menikmati tahap pendidikan lebih baik ,” katanya.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Hala Tuju Pembangunan Pendidikan dan Masa Depan Masyarakat India di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Sabtu lepas dipetik sebagai berkata, beliau telah membangkitkan beberapa permasalahan dihadapi komuniti India tempatan, termasuk kekurangan pelajar di segelintir SJKT luar bandar.

Anwar menerusi ucapan sama turut mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM30 juta untuk membiayai kerja baik pulih kemudahan di SJKT.

Sebanyak RM20 juta lagi katanya, disalurkan kepada SJKT milik kerajaan manakala RM10 juta lagi dikhususkan bagi menangani hal berkaitan perolehan tanah untuk pembinaan SJKT baharu.

Anwar juga mengarahkan menteri dan Ketua Setiausaha di kementerian berkaitan supaya menyegerakan projek membaiki dan penyelenggaraan kemudahan asas di setiap sekolah yang terkesan.

Mengulas lanjut Nelson berkata, tidak adil untuk mana-mana pihak menyimpan tanggapan salah terhadap Perdana Menteri berhubung isu itu.

“Mereka sewajarnya menghargai kesungguhan dan komitmen beliau membantu menambah baik setiap SJKT dengan ikhlas.

“Bersikap adillah dalam isu ini. Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan dan peruntukan tambahan untuk menaik taraf SJKT yang memerlukan. Kita sepatutnya bersyukur kerana pemimpin negara ini mengambil berat tentang masa depan anak-anak,” katanya. - Getaran, 16 Jun 2023








 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global