web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Persoal Pakaian Seragam Jururawat Suatu Penghinaan - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Jun 2023 1:59PM

Lim Guan Eng berkata, sesiapa yang pernah ke hospital mesti tahu bahawa pakaian seragam jururawat tidak terdedah sepertimana yang digembar-gemburkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mempersoalkan pakaian seragam jururawat wanita disifatkan sebagai satu penghinaan kepada golongan berkenaan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, pandangan sempit dilontarkan pembangkang itu amat keterlaluan dan memalukan.

Menurut beliau, mereka seharusnya menumpukan kepada masalah kekurangan jururawat dalam sektor kesihatan negara, yang menyebabkab dewan bedah dan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak dapat digunakan sepenuhnya.

“Pakaian seragam jururawat direka berdasarkan fungsi dan keperluan perubatan untuk memudahkan mereka menjalankan tugas.

“Ia mematuhi nasihat unit penyakit berjangkit dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor di Dewan Rakyat kelmarin yang menyifatkan, kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan tidak mematuhi syariah.

Wan Razali ketika membahaskan Kertas Putih Kesihatan berkata, kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan tidak mematuhi syariah.

Jelas Wan Razali, pihaknya turut meminta kerajaan khususnya KKM mengambil contoh beberapa hospital lain yang memberi pilihan kepada kakitangan wanita mereka untuk mengenakan pakaian lebih sesuai.

"Sebagai contoh, Hospital USM Kubang Kerian dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah Kuantan yang membenarkan petugas wanita berpakaian longgar dan patuh syariah.

“Tahniah kepada kedua-dua hospital ini kerana memberi pilihan etika lebih baik buat pekerja wanita mereka,” katanya. 

Membidas kenyataan tersebut, Guan Eng berkata, sesiapa yang pernah ke hospital mesti tahu bahawa pakaian seragam jururawat tidak terdedah sepertimana yang digembar-gemburkan.

“Kenapa Wan Razali Wan Nor hendak provokasi perkara ini?

“Kekurangan jururawat telah menyebabkan penggunaan dewan bedah dan katil ICU di Hospital Kepala Batas dan Hospital Bukit Mertajam mengalami kekangan,” katanya.

Tegas beliau, masalah tersebut menyebabkan dua daripada empat dewan bedah di Hospital Kepala Batas serta dua daripada tiga dewan bedah di Hospital Bukit Mertajam tidak dapat digunakan. 

“Hospital Kepala Batas mempunyai 26 buah katil ICU dengan harga tetapan setiap katil ICU melebihi RM1.5 juta, tetapi 10 katil tidak boleh digunakan kerana kekurangan jururawat.

“Kekurangan jururawat telah melambatkan operasi menyelamat dan membawa krisis kepada sistem perubatan, namun Ahli Parlimen PN menutup mata terhadap perkara ini sebaliknya menumpukan pakaian seragam jururawat,” katanya.

Bidas Ahli Parlimen Bagan itu, pandangan seumpama itu amat tidak membina dan sangat tidak bertanggungjawab. 

“Seperti Menteri Besar Kedah yang menggunakan perkataan kesat dalam ucapan awam, tetapi beliau tidak mampu menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi Kedah.

“Rakyat Malaysia perlukan wakil rakyat yang membina dan mampu buat kerja, bukannya ahli politik yang hanya tahu bergosip dan cakap perkara yang tidak relevan,” katanya.

Guan Eng menarik perhatian, memilih ahli politik seperti ini seolah-olah satu pembaziran undi. 

“Pada pilihan raya negeri akan datang, semua pengundi perlu berfikir dua kali sama ada mahu mereka yang pandai main sentimen lebih daripada buat kerja membina untuk mewakili diri mereka sendiri,” katanya. - Getaran, 17 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang