web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TIP 2023, Peningkatan Taraf Malaysia Mampu Bantu Negara Lebih Tegas - Nazri 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 8:51PM

Mohamed Nazri Abdul Aziz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan taraf Malaysia dalam Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) 2023 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mampu menjadi pemangkin kepada negara untuk lebih tegas dan konstruktif dalam menyelesaikan isu tersebut. 

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengiktirafan itu dilihat sebagai langkah konstruktif oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam menambah baik kerjasama hubungan dua hala kedua negara. 

Menurut beliau, ia turut membuktikan sifat keterbukaan kedua-dua negara untuk berbincang serta memahami kerjasama komprehensif antara Malaysia dan AS yang bakal mencecah 10 tahun pada 2024.

"Agenda reformis yang diterajui oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) turut menyumbang kepada keyakinan AS terhadap kemampuan serta komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memastikan asas utama bagi memerangi jenayah pemerdagangan orang di Malaysia dapat dipenuhi.

"Secara keseluruhannya, saya berpandangan peningkatan ini merupakan satu langkah konstruktif oleh AS dalam menambahbaik kerjasama hubungan dua hala dengan Malaysia," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, laporan tersebut mengiktiraf pencapaian signifikan yang direkodkan Malaysia, termasuk dalam peningkatan bilangan penyiasatan, pendakwaan, sabitan kes serta pendakwaan terhadap penjawat awam. 

"Laporan itu juga menggariskan 15 penambahbaikan dan pelan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk penilaian tahun berikutnya iaitu mulai 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024.

"Ini termasuk meningkatkan pengenalpastian mangsa dalam kalangan golongan rentan, pekerja domestik, pekerja sektor perladangan sawit dan sarung tangan getah," katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri menegaskan, Kedutaan Besar Malaysia bersedia untuk membantu dan menyokong penuh usaha dilaksanakan kerajaan. 

"Ia akan dilakukan melalui Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri.

"Ia mencakupi memudahcara penyampaian tepat, berhubung usaha Malaysia menangani pelbagai isu yang digariskan secara holistik melalui pendekatan tanpa kompromi whole-of-nation, demi keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.

Terdahulu, Laporan Pemerdagangan Manusia 2023 itu menyenaraikan Malaysia dalam Senarai Pemerhatian Tier 2, iaitu negara yang tidak memenuhi sepenuhnya piawaian minimum AS dalam memerangi pemerdagangan manusia, tetapi sedang melakukan usaha ke arah itu.

Malaysia berada pada Tier 2 pada 2017 dan Senarai Pemerhatian Tier 2 dari 2018 hingga 2020, namun berada di Tier 3 pada 2021 dan 2022.

Negara lain dalam senarai pemerhatian itu ialah Mozambique, Mesir, Iraq, Eswatini, Brunei dan Vietnam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail semalam ketika mengulas mengenai 15 penambahbaikan dan pelan tindakan boleh dilaksanakan Malaysia bagi 2024 berkata, kerajaan akan meningkatkan usaha mendakwa dan menyabitkan kes terhadap penjawat awam yang didapati bersubahat dalam aktiviti pemerdagangan orang atau buruh paksa. 

Menurut beliau, ia turut mencakupi usaha meningkatkan pengenalpastian mangsa dalam kalangan golongan rentan, pekerja domestik, pekerja sektor perladangan sawit dan sarung tangan getah.

Saifuddin memaklumkan, empat perkara utama juga harus terus ditekankan bermula dari peringkat tangkapan, siasatan, pendakwaan dan sabitan, yang disifatkan beliau sebagai rukun dalam memposisikan Malaysia pada kedudukan yang baik. 

Pada masa sama, jelasnya, perlu ada elemen lain apabila menyelamatkan mangsa seperti memberi perlindungan dan membenarkan mereka bergerak bebas, serta lebih baik lagi jika kerajaan dapat mempermudahkan mereka mendapat pekerjaan. - Getaran, 17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Ulangi Gesaan Minta AS Hentikan Keganasan Israel Di Gaza

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Politik 21 jam yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 17 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

oleh Wartawan Hiburan Getaran