web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih RM200,000 Faedah SKSSR Dibayar Kepada Suri Rumah, Keluarga - Sivakumar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 1:24PM

V Sivakumar - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seramai 177,858 suri rumah dilindungi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) setakat 15 Jun lepas, menurut Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar.

Beliau berkata sejumlah RM254,617 faedah juga telah dibayar kepada suri rumah berinsurans dan keluarga bagi tempoh program bermula sejak 1 Dis lepas.

"Golongan suri rumah digalak mendaftar dan mencarum di bawah SKSSR demi perlindungan terhadap bencana domestik, keilatan atau kematian sewaktu menguruskan rumah tangga.

"Saya menggalakkan para suami agar membayar caruman SKSSR sebanyak RM120 setahun untuk isteri masing-masing sebagai menghargai peranan dan pengorbanan mereka terhadap keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sivakumar turut menyeru badan bukan kerajaan serta syarikat swasta menaja caruman SKSSR demi kebajikan pekerja mereka, sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Terdahulu Sivakumar menyampaikan faedah kepada pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), R.Chandran di Taman Desa Temiang, di sini.

Chandran, 40, ketika bekerja sebagai jurujual di sebuah syarikat tembakau dekat sini ditimpa kemalangan pada 2012 dan dia menerima faedah RM14,291.62 setelah dirujuk kepada jemaah doktor bagi menentukan faedah hilang upaya kekal itu.

Bapa kepada seorang anak itu mengalami masalah lutut kanan yang menyebabkan dia tidak dapat berdiri lama selain tidak mampu melakukan kerja berat.

Sivakumar berkata Perkeso juga sedang mencari pekerjaan baharu untuk Chandran yang bersesuaian dengan kondisi dirinya.

Perkeso turut menyampaikan sumbangan kepada pekerja swasta, Leong Tai Hee, 49, yang menghidap angin ahmar iaitu pencen RM2,757.08 setiap bulan setelah dirujuk kepada jemaah doktor.

Dalam perkembangan lain, Sivakumar berkata kerajaan akan meneliti isu bayaran elaun pelajar yang menjalani latihan industri susulan laporan mengenai seorang pelajar universiti awam yang menyuarakan kebimbangan untuk bertahan sepanjang menjalani latihan pada Oktober ini.

"Bagi saya, perkara ini (bayaran eluan) perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan, perkara ini juga telah dibangkitkan dalam Persidangan Buruh Antarabangsa supaya diberi pertimbangan sewajarnya di seluruh dunia.

"Interns ini (pelajar yang menjalani latihan industri) tidak boleh dianggap buruh percuma, kita akan meneliti perkara ini dan saya akan beri maklum balas dalam masa terdekat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka