web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tuntutan Sulu: PDRM Beri Jaminan Keselamatan Di Sabah Terkawal - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 3:14PM

Saifuddin Nasution pada Sesi Eksklusif Editor Media Bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negeri bawah bayu itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata anggota keselamatan juga sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana keselamatan merupakan perkara penting negara.

“Kita tidak nampak tanda-tanda atau kesan sebarang ancaman setakat ini...dari segi kawalan sempadan, kita hendak memberi jaminan pihak anggota keselamatan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya mengulas mengenai kebarangkalian kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menceroboh Sabah, selepas gagal dalam tuntutan undang-undang terhadap Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam sesi eksklusif editor media bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini semalam.

Pada 8 Jun, Malaysia melakar kejayaan bersejarah, apabila Mahkamah Rayuan Paris memutuskan untuk mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan Dr Gonzalo Stampa (penimbang tara) pada 25 Mei 2020, dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.

Kumpulan Sulu itu telah mengambil tindakan undang-undang melalui proses timbang tara antarabangsa terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda, dan Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan, terhadap mereka.

Ditanya mengenai kebocoran maklumat melibatkan isu sempadan antara Malaysia dan Indonesia di peringkat Wisma Putra, Saifuddin Nasution berkata polis sedang menjalankan siasatan.

Beliau juga mengesahkan, Wisma Putra telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Mengulas mengenai tindakan seorang penjawat awam wanita yang tular dalam satu klip video menghina anggota polis Khamis lepas, Saifuddin Nasution menyifatkan tindakan wanita itu sebagai mencemarkan imej PDRM.

“Saya serahkan kepada PDRM untuk menyiasat kes ini,” katanya.

Pada Khamis, wanita berkenaan dipanggil buat kali pertama ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung insiden pertengkaran dengan dua anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves.

Pada Ahad lepas wanita itu sekali lagi hadir di IPD sama, berhubung satu lagi klip video beliau bertengkar dengan orang awam di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields di sini. 

Dalam klip video itu, wanita berkenaan dilihat turut merakam orang awam berkenaan menggunakan telefon bimbitnya sambil mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan cuba mencetuskan provokasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Haji Tidak Perlu Bimbang Aspek Keselamatan - TH

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Perhebat Rondaan Di ESSZone, Guna Pesawat Pejuang - ESSCom

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Kertas Siasatan Dibuka Terhadap Pegawai Polis Wanita - Saifuddin

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Panorama Pantai Pasir Lanun Pikat Pengunjung, Aspek Keselamatan Perlu Dipertingkat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'