web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Lihat Penjawat Awam Sebagai Musuh, Hargai Sumbangan Untuk Negara 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 9:00PM

Penjawat awam tidak seharusnya dilihat sebagai musuh, sebaliknya mereka perlu dihargai atas sumbangan yang memastikan pentadbiran negara sentiasa berjalan lancar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjawat awam tidak seharusnya dilihat sebagai musuh, sebaliknya mereka perlu dihargai atas sumbangan yang memastikan pentadbiran negara sentiasa berjalan lancar.

Presiden Kongres Kesatuan Kerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, sumbangan diberikan golongan terbabit membolehkan rakyat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan seperti yang dikecapi hari ini.

Menurut beliau, adalah tidak adil untuk mana-mana pihak dengan begitu mudah memohon maaf selepas membuat kenyataan terbuka yang mengguris hati penjawat awam, sedangkan ‘kerosakan’ telah pun berlaku.

“Semua pihak khususnya pemimpin politik tidak seharusnya berbahasa atau membangkitkan lagi isu berkaitan saiz perkhidmatan awam yang seringkali didakwa sebagai terlalu besar dan membebankan kerajaan. 

“CUEPACS kesal apabila perkhidmatan awam sering kali dilibatkan dalam pertelingkahan politik, hingga memberikan gambaran yang tidak baik kepada masyarakat awam mengenai penjawat awam itu sendiri,” katanya hari ini.

Tegas Adnan, saiz perkhidmatan awam negara masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain seperti yang sering dimomokkan. 

“Jumlah penjawat awam kira-kira 1.6 juta ketika ini turut membabitkan sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja kesihatan yang lazimnya tidak diambil kira sebagai kakitangan awam di negara lain. 

“Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia hanya membabitkan kira-kira 600,000 kakitangan sahaja dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Jelas beliau, baki jumlah itu adalah petugas sektor kesihatan, keselamatan dan kesihatan yang wajib ada bagi memberikan perkhidmatan kepada rakyat. 

“(Jumlah) Kakitangan di ketiga-tiga sektor ini masih tidak mencukupi kerana masih banyak lagi petugas di sekolah, hospital, klinik serta pasukan keselamatan (tentera dan polis) diperlukan. 

“Nasihat CUEPACS kepada semua pihak, berhentilah berbahas dengan isu yang sememangnya kita sudah ketahui fakta dan kebenarannya tetapi sengaja dibangkitkan demi kepentingan peribadi,” katanya.

Jurucakap GERAKAN Pulau Pinang, Mok Kok On baru-baru ini mencetuskan kemarahan ramai apabila menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan.

Beliau menerusi hantaran di Facebook turut mempersoalkan tindakan kerajaan menambah jumlah penjawat awam.

Susulan kenyataan, parti berkenaan menerusi Setiausaha Agungnya, Mak Kah Keong hari ini memohon maaf secara terbuka dan memberitahu, insiden berkenaan telah diserahkan kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.

Jelas Kah Keong, beliau juga telah memberikan amaran keras kepada Kok On dan akan membawa perkara itu kepada Jawatankuasa Kerja Pusat sekiranya perlu. - Getaran, 22 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Diperdaya ‘Phone Scam’, Penjawat Awam Rugi Lebih RM150,000

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah