web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fakta, Bukti Sebelahi Negara, Malaysia Yakin Capai Kemenangan Kes Tuntutan Sulu 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2023 7:11AM

Azalina (tujuh dari kiri) bersama-sama wakil Pejabat Peguam Negara (AGC) kini berada di Madrid untuk taklimat melibatkan kes tuntutan Sulu. - Gambar dari Facebook Azalina

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia optimis bakal meraih kemenangan dalam kes tuntutan melibatkan Kumpulan Sulu, berdasarkan fakta dan bukti yang jelas menyebelahi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keyakinan itu disuarakan oleh barisan peguam lantikan Malaysia. 

Menurut beliau, lapan individu mendakwa diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu telah memulakan timbang tara di Madrid, Sepanyol.

“Saya kini berada di Madrid, Sepanyol bersama-sama wakil Pejabat Peguam Negara (AGC), Peguam Cara Negara II Datuk Almalena Sharmila dan Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Datuk Akmal Che Mustafa.

“Saya telah mengadakan perbincangan dan menerima taklimat daripada tiga peguam yang mewakili Malaysia (Uria Menandez, Sepanyol; Bredin Prat, Perancis; Fietta LLP, U.K) dalam kes tuntutan ini sementara menunggu keputusan Mahkamah Hague pada 27 Jun 2023,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 Azalina Othman Said
Azalina Othman Said

Tegas Azalina, kerajaan kekal dengan pendirian untuk meneruskan usaha memastikan kedaulatan Malaysia terpelihara dalam kes tersebut, walau apa jua keputusan ditentukan kelak. 

“Saya mohon semua rakyat Malaysia terus berikan sokongan kepada usaha kerajaan ini dan doakan kejayaan demi kedaulatan tanah air kita,” katanya.

Beliau pada 7 Jun lalu mengumumkan, Mahkamah Rayuan Paris di Perancis mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020,  dalam kes berkenaan.

Katanya, keputusan tersebut bermaksud penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.

“Mahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara (Stampa) telah terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.

“Keputusan ini juga, yang muktamad serta mengikat, adalah satu kemenangan nyata buat Malaysia dalam perjuangan mendapatkan remedi dari segi perundangan dan Malaysia yakin penuntut serta pembiaya mereka akan kalah,” katanya.

Azalina memberitahu, Malaysia percaya keputusan berkenaan akan menghentikan usaha penuntut serta pembiaya mereka iaitu Therium untuk menguatkuasakan award tidak sah itu serta cuba mendapatkan pampasan yang besar daripada Malaysia.

“Antara strategi agresif penuntut sebelum ini ialah menyasarkan aset-aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk kedutaan negara ini) atas alasan ia adalah sebahagian daripada award yang diperoleh,” katanya. - Getaran, 23 Jun 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi