web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganggur Didakwa Pukul, Ludah Anggota RELA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 May 2021 12:47PM

Yeap Sen Sing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini, atas tuduhan mencederakan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di Pasar Awam Looking Good, Kampung Koh, Sitiawan, Sabtu lepas.

Yeap Sen Sing, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin terhadapnya di hadapan Majistret A Hafiizh Abu Bakar.

Bapa dua anak itu didakwa mendatangkan kecederaan ke atas Hong Koh Hwa, 46, seorang penjawat awam yang sedang melakukan tugasan rasminya di pasar awam berkenaan pada jam 6.40 pagi.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tiga tahun penjara atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Dalam kejadian yang tular di media sosial itu, tertuduh dipercayai berang kerana tidak dibenarkan masuk ke pasar masih belum dibuka sebelum bertindak kasar memukul dan meludah ke atas Hong yang sedang bertugas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia