web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Dalam Pesawat Dipercayai Terlibat Kegiatan Along 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2023 7:00AM

Lelaki berusia 28 tahun itu, yang menaiki pesawat dari utara ke Johor, diberkas sebaik tiba di lapangan terbang tersebut. - Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan ALong dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 28 tahun itu, yang menaiki pesawat dari utara ke Johor, diberkas sebaik tiba di lapangan terbang tersebut.

Beliau berkata penahanan itu adalah susulan daripada tangkapan empat individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan sama sebelum ini.

“Penahanan lelaki terbabit yang berjaya dikesan berada di dalam sebuah pesawat sebaik tiba di lapangan terbang terbabit dibuat berdasarkan maklumat dan risikan yang diterima,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Raub berkata suspek direman empat hari bermula kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 serta Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Terdahulu, video berdurasi 12 saat memaparkan pihak polis menjalankan tugas bagi mengesan lelaki itu di dalam sebuah pesawat tular di aplikasi TikTok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global