web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Tiada Lagi Zon Hijau Di Semenanjung - KKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 4:29PM

Grafik dari KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada lagi daerah dikategorikan sebagai zon hijau di Semenanjung manakala empat negeri - Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Melaka berada dalam zon merah penularan COVID-19 sepenuhnya, setakat semalam.

Berdasarkan taburan kes COVID-19 dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam laman Facebooknya hari ini, dalam tempoh 14 hari sejak 5 Mei hingga semalam, bilangan kes positif di Malaysia adalah berjumlah 57,089 kes.

Keseluruhan jumlah kes positif di Malaysia setakat hari ini ialah 485,496 kes.

“Lapan daerah di Semenanjung berstatus jingga iaitu Langkawi, Kampar, Jelebu, Kuala Pilah, Rompin, Bera, Lipis dan Marang sementara daerah yang berstatus kuning ialah Kangar, Perak Tengah, Mersing, Cameron Highlands, Maran, Hulu Terengganu, Kemaman, Gua Musang, Padang Terap dan Sik,” kata KKM.

Sabah menjadi negeri paling banyak zon hijau dengan lapan daerah iaitu Tambunan, Kudat, Nabawan, Pitas, Kuala Penyu, Tongod, Telupid dan Beluran.

Sementara di Sarawak, terdapat lima daerah berada dalam kategori zon hijau iaitu Simunjan, Asajaya, Kabong, Marudi dan Telang Usan.

Daerah berstatus hijau mencatatkan sifar kes, kuning (1-20 kes), jingga (21-40 kes) dan merah 41 kes atau lebih. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 5 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia