web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Ditahan Dipercayai Cabul Kehormatan Penyanyi Wanita

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 8:43PM

Kejadian tersebut berlaku selepas mangsa selesai membuat persembahan untuk program hiburan di sebuah festival - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN -  Seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai mencabul kehormatan seorang penyanyi wanita di dalam sebuah bilik VVIP di Dataran Nilai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abd Malik Hasim berkata penyanyi wanita berusia 26 tahun itu membuat laporan kira-kira sejam selepas kejadian iaitu pada 11.05 malam. 

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa selesai membuat persembahan untuk program hiburan di sebuah festival. 

“Penyanyi itu mendakwa didatangi lelaki berkenaan dan meminta kebenaran untuk berswafoto dengannya sebelum lelaki tersebut menarik, menggenggam seterusnya mencium tangan wanita itu.

“Terkejut dengan tindakan tersebut, penyanyi itu kemudian menjerit, namun lelaki terbabit melarikan diri, bagaimanapun, dia kemudian berjaya ditangkap oleh penganjur dan diserah kepada anggota polis yang bertugas di festival berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah dan direman selama tiga hari mulai hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Tahan 2 Individu, Rampas 5kg Dadah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Cabul Murid Darjah 1, Pengawal Keselamatan Sekolah Ditahan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sarjan Wanita Didakwa Terima Suapan RM3,000 Bagi Tutup Kes Cabul

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Pelajar Ditahan Bantu Kes Cabul 14 Pelajar OKU

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'