web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasangan Suami Isteri Pencetus Kluster Baharu COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 10:10PM

Datuk Masidi Manjun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Pasangan suami isteri yang pulang bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dikesan mencetuskan kluster COVID-19 baharu di Tawau, dekat sini, baru-baru ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, pasangan tersebut dikesan bergerak dari Labuan dan melawat Tawau pada 8 Mei lalu, iaitu sebelum larangan rentas daerah berkuat kuasa pada 12 Mei.

“Pasangan berkenaan dikesan singgah bermalam di rumah keluarga mereka di Kampung Sungai Imam.

“Mereka kemudian mengalami simptom COVID-19 pada 12 Mei sebelum disahkan positif dua hari kemudian,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, ujian saringan COVID-19 turut dilakukan ke atas ahli keluarga lain di Sungai Imam dan Taman Berkeley, sebelum 52 individu lagi disahkan positif.

Tambah Masidi, pasangan suami isteri berkenaan menjalani ujian antigen rapid (RTK Ag) di Labuan dan disahkan negatif pada 7 Mei lalu.

“Berikutan perkembangan terbaharu ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif memperketatkan syarat kemasukan ke Sabah iaitu mewajibkan pengambilan ujian polymerase chain reaction (PCR).

“Mereka (bukan rakyat Sabah) perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di hotel terpilih dan perlu menanggung kos penginapan sendiri,” katanya.

Rakyat Sabah, penduduk tetap atau mereka yang mempunyai permit kerja pula perlu menjalani kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari sebaik tiba di negeri ini.

“Bagi pegawai kerajaan, mereka juga dibenarkan masuk ke Sabah selepas menjalani ujian PCR selain memiliki surat rasmi yang menyatakan mereka mempunyai tugasan rasmi di sini.

“Prosedur operasi standard (SOP) baharu itu dijangka dikuatkuasakan bermula esok,” katanya. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia