web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Melaka Buka PKRC MITC Jumaat Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 10:54PM

Anggota tentera sedang memasang kawad besi disekeliling bangunan MITC Ayer Keroh, Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pertama yang membabitkan institusi awam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) akan dibuka bagi menempatkan pesakit tahap satu dan dua.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, PKRC itu akan dibuka sepenuhnya pada Jumaat ini bagi menempatkan pesakit bergejala ringan.

Beliau berkata, kesemua tiga dewan utama di MITC itu akan digunakan untuk menempatkan antara 1,000 hingga 1,2000 pesakit dalam satu masa.

“PKRC MITC dijangka akan menerima pesakit seawal Jumaat ini dan hanya akan menempatkan pesakit COVID-19 dari Melaka sahaja.

“Seramai 500 petugas termasuk sukarelawan dan 200 petugas kesihatan akan bertugas di PKRC MITC ini manakala makanan akan diberikan dalam bentuk bungkusan,” katanya.

Sulaiman menarik perhatian, ketika ini segala persiapan dan kelengkapan sedang giat dijalankan untuk menerima pesakit, termasuk dari aspek kelengkapan perubatan.

“Dengan pembukaan PKRC MITC ini, secara keseluruhan Melaka memiliki enam pusat rawatan iaitu di Asrama Kolej Kejurawatan Melaka, Penjara Sungai Udang, Penjara Koreksional Jasin, Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo dan Henry Gurney.

“Pembukaan PKRC ini adalah susulan kepada kesesakan yang berlaku di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, akibat peningkatan mendadak kes harian terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, pesakit dari Melaka yang kini sedang dirawat di MAEPS akan kekal disana sehingga dibenarkan discaj.

Untuk rekod, sehingga kini jumlah kapasiti katil di Hospital Melaka bagi rawatan pesakit COVID-19 mencecah 63 peratus manakala jumlah katil yang menempatkan pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah mencapai kapasiti maksimum. - Getaran, 19 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia