web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Santiago Bidas Tun M, Malaysia Bukan Milik Segelintir Orang Terpilih

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Jun 2023 8:44PM

Charles Santiago (kiri) dan Dr Mahathir Mohamad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian pada sidang media semalam.

Semalam, Dr Mahathir mendakwa rakyat bukan Melayu mahu menukar nama dan 'pemilikan' Malaysia.

Dakwanya, terdapat percubaan orang ‘dari negara lain’ untuk mengubah Malaysia daripada 'Tanah Melayu' kepada negara berbilang kaum.

Menurut Santiago, kenyataan Dr Mahathir itu disifatkan sebagai satu lagi cubaan terdesak untuk memperlihatkan bahawa beliau masih relevan.

“Perlu 101 panduan bagaimana untuk bermati-matian cuba menjadi relevan? Jangan lihat lagi penegasan Dr Mahathir mengenai orang luar yang cuba menukar nama negara. Jika ada, Dr Mahathirlah yang cuba memesongkan sejarah.

“Orang bukan Melayu telah memberi sumbangan yang sama kepada pembangunan negara ini. Mereka ditawarkan kewarganegaraan yang mereka terima. Setiap rakyat Malaysia mempunyai hak sama ke atas negara ini sebagaimana negara kita.

“Ia bukan milik segelintir orang terpilih,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Santiago berkata, Dr Mahathir sedang berusaha untuk meningkatkan sokongan kepada ‘rakan baharunya’ menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Bagaimanapun, katanya, ‘racun’ yang dilontarkan oleh Dr Mahathir adalah ucapan berbaur kebencian yang berpotensi menjadi bahan letupan.

“Kita adalah sebuah negara berbilang kaum yang terdiri daripada pendatang. Kita adalah tempat mencairkan budaya dan tradisi yang berbeza, faktor unik yang menjadikan kita unik.

“Oleh itu adalah tidak wajar Dr Mahathir membangkitkan ketegangan kaum tetapi (ia) tidak menghairankan,” katanya.

Tegas beliau lagi, kenyataan tersebut jelas berbahaya dan boleh memecah-belahkan negara.

Justeru, katanya, Dr Mahathir sepatutnya malu dengan diri beliau sendiri.

Semalam, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata, golongan bukan Melayu enggan mengiktiraf orang Melayu sebagai pengasas, penduduk tempatan dan pembangun negara.

"Dan demikianlah angkuhnya mereka yang datang sini, kita yang jadikan mereka warganegara, tetapi warganegara yang datang ini nak tuntut supaya nama negara kita ditukar, dijadikan multiracial country (negara berbilang kaum)," katanya.

Kenyataan itu turut dikecam anak didiknya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memintanya agar menghentikan politik lapuk yang menyebabkan perpecahan.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu berkata, rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan agama, bersama-sama mencintai negara ini.

“Mereka mahu melihat Malaysia berkembang dan menjadi negara membangun (dengan) peluang pekerjaan, pengangkutan awam dan tata kelola yang baik,” katanya.

Katanya beliau amat pasti tidak ada rakyat bukan Melayu di negara ini yang mahu menukar nama negara. – Getaran, 29 Jun 2023

Sorotan

1

Terbuka Singapura: Jun Hao Lakar Kejutan Singkir Juara Bertahan Ginting

2

Aaron-Wooi Yik 'Mandi Peluh' Sebelum Ke Pusingan Kedua Terbuka Singapura

3

Mohamad Husaini, Nor Hidayah Johan Tilawah Al-Quran

4

Declan Tawar 'Versatil' Kepada Pan Gon

5

Tarikh Lihat Anak Bulan Zulhijjah Pada 7 Jun

6

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ketua Sindiket Antara 14 Ditahan, Dadah Bernilai RM11.6 Juta Dirampas

Semasa 21 jam yang lalu

Kes Zayn Rayyan Kembali Hangat, Ibu Bapa Direman Pagi Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tidak Serah Rampasan Sisik Tenggiling, Pegawai Kastam Didakwa Di Mahkamah

Sukan 1 hari yang lalu

Saya Tak Rasa Orang Pandang Saya Di Penang FC - Muhammad Adib