web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ingkar SOP PKPB, Neelofa, PU Riz Mengaku Tidak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 11:13AM

Neelofa (kanan) dan Haris memasuki pekarangan Mahkamah Majistret hari ini di Seremban bagi proses pendakwaan. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Pasangan suami isteri selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail, juga dikenali sebagai PU Riz, dan Noor Neelofa Mohd Noor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengingkari prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mereka dituduh melakukan tiga kesalahan, masing-masing membabitkan kegagalan untuk memakai pelitup muka di tempat awam, tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika memasuki sebuah premis menjual permaidani pada 2 Mei lalu.

Pertuduhan Haris dan Neelofa dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi dan mereka berdua dikenakan jaminan berjumlah RM15,000.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 Jun depan.

Pasangan berkenaan dituduh di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) No 12) 2021.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Nialy untuk memberi keterangan selama empat jam berkaitan kontroversi penularan gambar dan video mereka berada di kedai permaidani yang bertempat di Nilai 3 itu. - Getaran, 20 Mei, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia