web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Angkara Tiada Lesen, Remaja Pandu Lawan Arus Selepas Terserempak Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Jun 2023 12:49PM

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis kerana memandu kereta secara melulu dan tanpa lesen di Chukai, Kemaman - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis kerana memandu kereta secara melulu dan tanpa lesen di Chukai, Kemaman, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, remaja yang memandu kereta jenis Proton Saga itu ditahan kira-kira jam 5.15 petang selepas dikesan memandu kenderaan secara melawan arus.

Menurutnya, ketika kejadian, sepasukan anggota polis trafik sedang melakukan Op Lancar dan Samseng Jalanan di sekitar Kemaman Waterfront pada jam 4 petang.

“Polis mengesan suspek yang memandu datang dari arah bertentangan secara melawan arus ketika melalui Jalan Bawah Jambatan Geliga (Waterfront).

“Anggota bertugas cuba menahan kenderaan itu, tetapi pemandunya tidak mengendahkan arahan supaya berhenti dan terus memecut laju untuk melarikan diri,” katanya dalam kenyataan.

Hanyan berkata, polis mengejar kereta terbabit dan mengarahkan pemandunya berhenti sebanyak tiga kali, namun tidak diendahkan.

“Selepas mengejar sejauh 10 kilometer (km), kereta itu kemudiannya berhenti di sebuah kedai dobi layan diri dan remaja itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.

“Remaja itu bersama empat rakannya berusia dalam lingkungan 13 hingga 16 tahun ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis akan mereman suspek hari ini untuk diambil keterangan manakala penumpang lain sudah dibebaskan.

Katanya, pemilik kenderaan iaitu ibu remaja terbabit juga akan dipanggil untuk diambil keterangan dan berdepan saman kerana membenarkan anaknya yang tiada lesen memandu kenderaan.

Sementara itu, Hanyan berkata, polis mengesan beberapa kesalahan lain dilakukan remaja terbabit menyebabkan kereta itu dipandu secara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

“Suspek memandu kereta secara zigzag di jalan Persekutuan bermula dari kilometer 155 hingga kilometer 157, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dan tidak berhenti di lampu isyarat Mak Lagam.

“Kereta itu juga didapati memotong secara bahaya dan memotong barisan di lampu isyarat Stesen Bas Geliga,” katanya. – Getaran, 30 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Dah Tahu Bahaya Pun Masih Ada Lagi Yang Melawan Arus...

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Kenapalah Sengaja Nak Menempah Nahas?

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kilang Kitar Semula Tidak Serik Operasi Tanpa Lesen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Nahas Disahkan Memandu Lawan Arus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 21 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 15 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 15 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok