web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kilang Kitar Semula Tidak Serik Operasi Tanpa Lesen

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 9:16PM

Kilang terbabit sebelum ini pernah dikenakan tindakan sitaan pada 19 Januari lalu selepas menimbulkan kacau ganggu bau. - Gambar ihsan MPKS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun pernah diserbu sebelum ini, sebuah kilang kitar semula di Ijok, Kuala Selangor masih tidak serik apabila terus mengulangi kesalahan sama dengan meneruskan kegiatan pelupusan secara haram.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata, kilang terbabit diserbu sepasukan anggota dan pegawainya pada jam 10 pagi kelmarin, hasil risikan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut beliau, kilang tersebut sebelum ini pernah dikenakan tindakan sitaan pada 19 Januari lalu selepas menimbulkan kacau ganggu bau.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kilang itu semakin meningkatkan operasi memproses buangan terjadual seperti bahan buangan bateri kering, tembaga dan papan litar plastik.

"Oleh itu, premis berkenaan telah diarah tutup serta-merta dan dikenakan kompaun kerana ingkar arahan notis penutupan sebelum ini," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Mohamad Lutfi berkata, pihaknya turut menyita dua unit penjana kuasa elektrik dan satu jentera forklift disita bagi tindakan lanjut. 

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKS) 2007.

"Jabatan Kesihatan MPKS mengeluarkan dua kompaun kerana membiarkan bangunan atau tanah dalam keadaan kotor dan mengalirkan kumbahan ke parit berdekatan. 

"Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) juga membantu proses pemotongan bekalan air premis terbabit," katanya. 

Pada masa sama, Mohamad Lutfi berkata, JAS turut mengambil tindakan undang-undang mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Pemilik kilang itu dinasihatkan berpindah ke kawasan industri berat kerana aktiviti kitar semula di bawah kategori tersebut," katanya. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Angkara Tiada Lesen, Remaja Pandu Lawan Arus Selepas Terserempak Polis

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Belanda: Penjawat Awam Dilarang Guna Tiktok Untuk Tugasan Rasmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 19 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 13 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan