web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Rekod 3 Kluster Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 May 2021 11:59AM

Datuk Masidi Manjun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak tiga kluster baharu direkodkan berlaku di negeri ini, dengan jumlah kumulatif sebanyak 53 kes positif, semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, kluster pertama dikenali sebagai Kolopis di Penampang.

“Kes indeks ini bermula selepas pesara lelaki yang dikesan positif 80 peratus, menerusi ujian RTK-Ag hasil saringan bergejala di Klinik Kesihatan Penampang pada 04 Mei lalu.

“Punca penyebaran berkemungkinan berlaku pada sebuah majlis perkahwinan pada 28 April 2021,” katanya semalam.

Sehingga kini sebanyak 13 kes positif daripada 30 saringan kontak rapat yang dilakukan.

Tambah Masidi, sebanyak 26 kes positif daripada 70 saringan kontak rapat dilaporkan berlaku di Sungai Imam, Tawau, akibat aktiviti kunjung mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri.

“Dikenali sebagai Kluster Pagar Sg Imam, kes indeks adalah lelaki berusia 53 tahun yang dikesan positif pada 15 Mei selepas mengalami gejala.

“Penyebaran jangkitan dipercayai melalui kaedah bersalaman,” katanya.

Kluster ketiga direkodkan berlaku di Lahad Datu dikenali sebagai Muhibbah Dua yang mula dikesan pada Ahad lalu.

“Kluster ini dikesan menerusi saringan bergejala ke atas kes indeks seorang lelaki berusia 47 tahun di sebuah klinik swasta. 

“Hasil pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 22 ahli keluarga dan kontak rapat, 13 lagi kes disahkan positif menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 14 kes direkodkan.

“Berdasarkan rekod pergerakan, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika melakukan rentas daerah ke Tawau selama dua hari bermula 07 April lalu atas urusan peribadi,” katanya.

Dalam masa sama, kes indeks turut menghadiri aktiviti berbuka puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri di rumah keluarga mertua bersama ahli keluarga yang lain.

Semua 14 kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan kuarantin. 

Masidi berkata, secara keseluruhan sebanyak 160 kes positif COVID-19 dilaporkan berlaku semalam yang menyaksikan 54 kes di Tawau, Lahad Datu (29), Kota Kinabalu (16), Papar (16), Kuala Penyu (10), Semporna (lapan) dan Kunak (enam).

Manakala Putatan dan Kinabatangan empat kes, Kalabakan, Penampang dan Sandakan masing-masing tiga kes, Kota Belud (dua), Keningau (satu) dan Beaufort (satu). - Getaran, 20 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia