web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayi Lelaki Dihurung Semut Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 3:29PM

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui di belakang rumah seorang warga asing di Kampung Sungai Kayu Ara.

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki yang dibungkus di dalam plastik hitam nyaris mati dihurung semut ketika diselamatkan oleh seorang pegawai polis yang bertugas di Balai Polis Mutiara Damansara.

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui di belakang rumah seorang warga asing di Kampung Sungai Kayu Ara, Petaling Jaya, selepas tangisannya didengari jiran tetangga pada awal pagi.

 “Siasatan awal mendapati bayi yang telah dihurung semut itu bukan berasal dari kawasan perumahan tersebut kerana tiada penduduk perempuan yang sedang mengandung.

“Bayi lelaki itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid kepada media hari ini.

Mana-mana individu yang melihat atau mempunyai maklumat tentang kejadian ini diminta tampil memberikan kerjasama di balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat jenayah Inspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membabitkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah. - Getaran, 20 Mei, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Rumah Kedai Diserbu, 21 Lelaki Bangladesh Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan

3

Luar Negara 11 bulan yang lalu

Serangan Israel: Kakitangan Tempatan, 3 Sukarelawan Hospital Indonesia Di Gaza Selamat

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Alhamdulillah, Semuanya Selamat…’ - Ah Pek

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia