web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Pihak Tak Senang Hati PM Komited Perangi Rasuah - Shamsul Iskandar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jul 2023 3:18PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjuangan memerangi rasuah pada skala besar yang digerakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata tidak disenangi pihak tertentu.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, agenda reformasi Anwar itu tidak disenangi kerana imbuhan yang dinikmati selama ini bakal terhenti.

Menurut beliau, tidak ada mana mana pentadbiran yang komited menghapuskan rasuah berbanding Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Shamsul Iskandar Md Akin
Shamsul Iskandar Md Akin

“Selama ini mereka bermanfaat dari kelemahan institusi dan budaya rasuah yang sudah menjadi kebiasaan.

“Mereka bimbang ‘gravy train’ yang dinikmati selama ini akan berhenti,” katanya kepada Getaran hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas ancaman diterima Perdana Menteri, gara-gara ketegasan beliau menghapuskan budaya rasuah yang sudah berakar umbi di Malaysia.

Anwar dalam ucapan pada majlis kenduri korban di luar pekarangan Masjid Jamek An Nur Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam memberitahu, beliau diugut ‘geng kaya’ yang sedang melakukan pakatan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Tidak memperincikan ugutan atau identiti geng kaya itu, Perdana Menteri menegaskan, ancaman diterimanya itu tidak akan berhasil menjejaskan perjuangan dibawa selama ini.

Tegasnya, perjuangan membanteras rasuah akan tetap diteruskan demi kepentingan rakyat.

Mengulas lanjut Shamsul Iskandar berkata, kebimbangan ‘geng kaya’ itu menyebabkan mereka melontar tohmahan bahawa Perdana Menteri menggunakan institusi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyerang musuh politik dan membalas dendam.

“Ini merupakan satu ironi kerana kebebasan institusi seperti SPRM merupakan antara tunjang agenda reformasi yang diperjuangkan selama lebih dua dekad.

“Kehidupan Perdana Menteri dan keluarga secara sederhana juga secara tidak langsung mengeluhkan pengkritik beliau,” katanya.

Tegas Shamsul Iskandar, gejala rasuah yang berleluasa adalah antara penyebab kepada kegawatan ekonomi, seperti berlaku ketika ini.

“Agenda anti rasuah yg berkomited adalah perlu untuk menyelamatkan negara dan generasi akan datang dari kecelakaan.

“Kita perlu memastikan pihak yang telah membenarkan rasuah berleluasa atau terbabit dalam rasuah tidak diberi peluang untuk kembali mentadbir, demi masa depan negara dan anak-anak kita,” katanya. - Getaran, 2 Julai 2023










 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah