web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hujan Lebat Berterusan, 59 Kampung Dilanda Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 May 2021 4:40PM

Bencana ini turut menjejaskan daerah Membakut, membabitkan lapan buah kampung iaitu Bambangan, Sinoko, Sindok,

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak 59 buah kampung di tiga daerah, di sini dilanda banjir awal pagi tadi ekoran hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Sharudin Md Zain berkata, Beaufort mencatatkan kes tertinggi dengan 49 kampung, iaitu satu peningkatan berbanding awal Isnin lalu.

“Antara kampung terjejas adalah Binunuk, Balibata, Bakalan, Melati, Lumatai, Lawa dan Lago,” katanya hari ini.

Bencana tersebut turut menjejaskan daerah Membakut, membabitkan lapan buah kampung iaitu Bambangan, Sinoko, Sindok,

Baitam Laut, Baitam Baru, Jambatan Baru dan Lumantak.

Tambah Sharudin, pihaknya sekitar jam 4 pagi tadi turut melakukan pemantauan sekitar Keningau dan Sook selepas menerima aduan kediaman penduduk dinaiki air.

“Banjir dilaporkan berlaku di Kampung Dalit dan Kahaba dalam daerah Sook sehingga menenggelamkan surau dan Sekolah Kebangsaan (SK) Dalit.

“Bagaimanapun, air didapati cepat surut dan keadaan pulih sekitar jam 5.40 pagi tadi,” katanya.

Selain Sook, turut terjejas ialah sepuluh sekolah rendah dan menengah lain di daerah berkenaan.

Antaranya SK Sam Limbawang, Lago, Suasa, Bangkalalak, Jabang, Mempagar, Bambangan, Sinoko, Sekolah Menengah St Paul dan Middle School Beaufort.

Menurut Sharudin, pihaknya mengaktifkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Dewan Kampung Pauh dan Dewan DSP Mohd Dun Banik.

“Seramai 57 individu daripada 18 keluarga ditempatkan di PPS DSP Mohd Dun Banik membabitkan enam lelaki, 21 wanita dan 30 kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Sharudin berkata, hujan yang berterusan sejak semalam di Keningau dan Sook menyebabkan paras air Sungai Pegalan dan Padas semakin  meningkat.

“Keadaan itu menyebabkan pihak pengurusan Empangan Hydro Pangi membuka tiga pintu bagi mengurangkan kuantiti air di dalam empangan.

“Ia sekali gus menyebabkan paras air Sungai Padas-Beaufort meningkat melepasi paras bahaya dan membanjiri kawasan sekitar,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia