web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Jengkaut Biadab, Alih Penghadang Konkrit

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 8:12AM

Polis menahan seorang pemandu jengkaut kerana mengalihkan penghadang konkrit bagi memudahkannya ke tempat kerja, di alan Bukit Tinggi menuju ke Bukit Pinang, Kedah, kelmarin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang pemandu jengkaut bertindak biadab apabila menggunakan jentera berat miliknya itu, untuk mengalihkan penghadang konkrit digunakan pihak berkuasa bagi menutup Jalan Bukit Tinggi menuju ke Bukit Pinang, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supt. Mohd. Redzuan Salleh berkata, tindakan tidak bertanggungjawab lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu disedari sepasukan pegawai dan anggota polis yang melakukan tugas-tugas pemeriksaan dan pemantauan penghadang, kira-kira pukul 10.30 pagi kelmarin. 

Menurutnya, penghadang konkrit tersebut diletakkan pihak berkuasa di situ bagi menutup jalan serta menghalang pergerakan sebarang kenderaan untuk keluar atau masuk ke daerah Kota Setar ekoran pelaksanaan Perintah Kawaan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kota Setar..

"Lelaki itu dipercayai bertindak sedemikian kerana mahu menggunakan jalan pintas selain enggan melalui sekatan jalan raya di laluan lain. 

"Susulan itu, dia ditahan di rumahnya yang terletak di Jalan Pinang Jaya, Kepala Batas kira-kira pukul 2 petang tadi" katanya kepada pemberita sewaktu meninjau pelaksanaan sekatan jalan raya di Kepala Batas, dekat sini malam tadi.

Tambahnya, pemandu jengkaut tersebut didapati tidak memiliki rekod lampau malah ujian air kencing dijalankan terhadapnya juga mendapati dia negatif dadah. 

"Setelah disoal siasat, dia mengaku mengalih hadangan konkrit tersebut bagi memudahkannya menuju ke tempat kerja. 

"Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan jahat yang mungkin merebakkan penyakit jangkitan atau apa-apa penyakit berbahaya kepada nyawa serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat harta benda yang menyebabkan kerugian atau kehilangan," katanya.

Sekysen 270 Kanun Keseksaan menetapkan hukuman penjara hingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Manakala bagi Seksyen 427 Kanun Keseksaan, individu berkenaan boleh dipenjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali. 

Sementara itu, Mohd. Redzuan berkata, setakat pukul 9 tadi, sebanyak 16 kompaun dikeluarkan termasuk kepada lima individu yang sedang bermain mahjung dan tidak mengamalkan penjarakan sosial. 

Dalam masa sama, kami telah menolak 623 daripada 1,857 permohonan untuk merentas daerah dan negeri kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan," katanya.- Getaran, 21 Mei 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang